Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah Berk0ngsi Cara-Cara Untuk Kita Istiqomah
Melakukan Kebaikan Semasa Bulan Ramadhan Dan Diluar Bulan Ramadhan, Semoga Kita Mendapat Manfaat Bersama.
Siapa yang tidak mengenali Pakar Motivasi terkenal Di Malaysia yang tidak asing lagi iaitu Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah. Beliau telah lahir pada 16 Julai 1951 di Kampung Sungai Pinang, Klang Selangor. Beliau juga turut dikenali dengan nama DMFK dikalangan rakyat Malaysia.
Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah telah memulakan kerjayanya sebagai Pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1977. Pada 10 Januari 2008 Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah telah dinamakan sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor sebagai pengikhtirafan sumbangan beliau kepada keluarga dan pembangunan modal insan.
Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pertanian dengan Kepujian kelas pertama di Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains Pertanian dan Kewartawanan dari Wisconsin Universiti Amerika Syarikat.
Terbaru Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah telah dijemput ke konti radio Sinar FM untuk program Pagi Di Sinar bersama Jep, Rahim dan Angah bagi berk0ngsi ilmu tentang cara-cara untuk Istiqomah melakukan kebaikan. Pelbagai persoalan turut dibincangkan bersama.
Mari kita saksikan video tentang perbincangan tersebut :
” Cara Untuk Istiqomah Melakukan Kebaikan..Bila tiba bulan Ramadan je, semua orang berlumba-lumba membuat kebaikan contohnya mengimarahkan masjid, bersedekah, jaga mulut dengan alasan sya1tan diikat. “
” Tapi persoalannya bagaimana kita hendak istiqomah dalam melakukan kebaikan di luar bulan Ramadan. Dengarkan penjelasan dari #DMFK, semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat untuk kita semua. #sinarkongsi #donedakwah #dakwahdigital #sempurnaseadanya “
” Soalan dari pendengar kami, suaminya ada masalah tak nak pergi kerja. Duduk je kat rumah walaupun badan sihat walafiat.. “
” Dia dah banyak kali nasihatkan suaminya, macammana dia nak suruh suaminya istiqomah dalam mencari rezeki, ini nasihat dari #DMFK.#sempurnaseadanya “
” Kesimpulan dari topik Istiqomah untuk pagi ini. Semoga kita semua beroleh manfaat dari perkongsian #DMFK ink. #sinarkongsi #sempurnaseadanya “
Rata-rata pendengar memberi komen antaranya :
” Terbaik dato “
” Harap sngt2 Allah makbulkan utk berbuat begitu “
” Nahhhhh smoga kita istiqamah “
” Semoga kita sentiasa Istiqomah dan sentiasa dibawah Rahmat Allah “
” Semoga kita dapat melakukan yang terbaik buat kita dan keluarga “
” Semoga sentiasa menjadi insan yang baik “
” Semoga menjadi tauladan untuk kita bersama “
” Bersama-sama lah kita menuju ke jalan kebaikan “
” Harap menjadi pengaharan dan panduan buat kita “
” Terbaik untuk kita semua “
Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita bersama-sama melakukan amal kebaikan dan sama-sama istiqomah.
Kami dari Berita Kopak mendoakan agar kita mendapat keberkatan Ramadhan dan medapat pahala atas segala amal kebaikan yang telah dilakukan. Amin.
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan Share.
Sumber : IG Sinar FM by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..