” Teman Wawa Zainal scan, tak pasti nampak baby ke nampak roti john.. “

Video Keterujaaan Aeril Zafril dan Anak-Anaknya Apabila Melihat Bayi Di Dalam Kandungan Isterinya. Ramai Kata Comel sangat !!!

Siapa yang tidak mengenali pelakon kacak yang di kenali menerusi watak bernama Effendi dalam drama Kisah Kaisara suatu ketika dulu. Beliau adalah Aeril Zafril atau nama sebenarnya Suhairil Bin Sunari. Selain berlakon Aeril juga merupakan seorang m0del.

Pelakon kacak ini telah dilahirkan pada 2 Disember 1988 di Rengit, Batu Pahat. Aeril mula aktif berlakon pada tahun 2006. Antara drama-drama lakonan Aeril adalah Kisah Kaisara, Cinta Jannah, Cerita Cinta Kita, Pat4hnya Sayap Malam dan banyak lagi.

Aeril telah mendirikan rumahtangganya dengan pelakon wanita yang cantik jelita iaitu Wawa Zainal pada tahun 2013 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel iaitu anak pertama mereka adalah Attar dan yang kedua bernama Hayla. Mereka berdua juga giat menjalankan perniagaan mereka sendiri.

Aeril Zafril seringkali memuat naik video aktiviti bersama isteri dan anak-anaknya di laman Instagram miliknya. Kemanisan pasangan ini selalu menjadi perhatian peminat dan pengikutnya.

Terbaru, Aeril telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya. Video tersebut memaparkan isterinya Wawa Zainal telah membuat imbasan bayi di sebuah klinik untuk memeriksa bayi di dalam kandungannya itu.

Keterujaan Aeril dan anak-anaknya melihat bayi di dalam kandungan isterinya Wawa Zainal turut terlihat dalam video tersebut. Kedua-dua anak mereka turut gembira melihat adik mereka di dalam kandungan ibu mereka.

Ini antara sedutan di dalam video tersebut :

Aeril : You see that ??

Hayla : Yes , I see  that !!

Attar : I see the baby !!!

Video scan bayi di dalam kandungan Wawa Zainal  yang dimuat naik Aeril.

Jom totnton video di bawah :

” Teman wawa scan baby. tak sure nampak baby ke nampak roti john dlm perut tu. Alhamdulillah.. doakan baby baik2 saja semua. “

Rata-rata peminat dan pengikut Aeril mengucapkan tahniah dan mendoakan bayi di dalam kandungan isterinya itu. Ini komen-komen mereka :

” Semoga bby sihat dan wawa juga sihat amin “

” Wahhh seronoknyeee……..tahniahh “

” Semoga ibu dan baby sihat “

” Bestnya….alhamdulillah…tahniah wawa dn aeril. “

” Semoga semuanya dalam keadaan yg baik2 “

” Tahniah ! seronoknye “

” Semoga baby sihat “

Alahai comelnya bayi di dalam kandungan tu kan ?

Tahniah buat pasangan Aeril Zafril dan Wawa Zainal. Kami di berita Kopak mendoakan semoga Wawa dipermudahkan untuk melahirkan anak dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Amin.

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Aeril Zafril, Wawa Zainal by Berita Kopak.

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..