” Alangkah baiknya kalau gambar saya banyak dengan mak.. “

Aeril Zafrel Kongsi Cerita 10 Tahun Tanpa Ibu Buat Ramai Yang Sebak & Menangis !!

Pasangan sweet pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajah mereka sering menghiasi kaca TV dan popular di laman sosial.

Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa. Kini usia Attar sudah 6 tahun dan Hayla 4 tahun.

Tidak dinafikan rupa paras kedua-dua anak ini mewarisi kecantikan ibu dan ketampanan bapa mereka. Dilahirkan sebagai anak selebriti, sedikit sebanyak kedua-dua anak comel ini terkena tempias popularity kedua ibu bapa mereka.

Namun disebalik wajah ceria itu siapa sangka Aeril mempunyai kisah duk4 kehilangan insan yang disayangi iaitu ibunya 10 tahun yang lalu.

Menerusi akaun Instagram, Aeril berkongsi sedikit sudutan rakaman video temubual mengenai beraya tanpa ibu. Menurut Aeril walaupun telah lama berlalu, namun tidak sesekali Aeril melupakan kenangan bersama arw4h ibunya itu.

Aeril yang sebak ketika berkongsi kisahnya itu membuatkan peminat turut merasa sayu dan mengalir air mata menonton video ini.

Baca perkongsian Aeril dan tonton video di bawah :

” Dah hampir 10 tahun beraya tanpa ibu.. Al-fatihah buat mereka… Ingatan mungkin akan pudar, namun kami mengabadikan setiap detik kenangan untukmu.. “

” Wishing all the mum, Happy Mother’s Day.. “

Rata-rata peminat rasa sebak setelah menonton video yang dikongsikan oleh Aeril ini. Antara komen-komen peminat :

” Saya dah 18 tahun raya tanpa arw4h mak. die pergi lepas melahirkan saya.. “

” Thn ni thn pertama beraya tnp ibu. Sedih sgt apabila terkenang saat berpuasa dgn dia thn lps. Rupanya itulah Ramadhan terakhirnya.. “

” ‘Alangkah baiknya kalau gambar saya banyak dengan mak’ ayat kita sama.. “

” Rindu yg paling sarat adalah rindu pada insan yg telah pergi meninggalkn kita buat selamanya.. tahun ke3 beraya tanpa arwah ayah… alfatihah.. “

” Sabar ya… Semoga arw4h ditmptkn diklgn org beriman… Aminn.. “

” Please la jgn cerita, saya jadi sedih… “

” Al fatihah bt ibu aeril saya pun dah tak ada ibu dgn ayah tapi hidup mesti di terus kan (amin ) “

Kehilangan orang yang tersayang sangatlah menyedihkan. Lebih-lebih lagi kehilangan ibu bapa yang menjaga kita dari kecil dan sanggup bersusah payah membesarkan kita. Namun setiap yang bernyawa pasti akan ‘pergi’ jua.

Semoga Aeril tabah dengan ujian kehilangan orang yang disayangi yang mungkin terlalu awal baginya. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di sana.

Di sini kami di Berita Kopak ingin kongsikan dengan anda antara doa buat ibu bapa atau sesiapa sahaja yang telah ‘pergi’ :

Ya Allah, ampunilah d0sa-d0sanya, kasihanilah dia, lindungilah dia dan maafkanlah dia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kub0rnya, bersihkanlah dia dengan air salju dan air yang sejuk.

Bersihkanlah dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya di dunia dengan rumah yang lebih baik di akhirat.

Sserta gantilah keluarganya di dunia dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam surga-Mu dan lindungilah dia dari siks4 kubor atau siks4 api ner4ka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel, Wikipedia by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, adalah dilarang sama sekali..