” Korang tengok walaupun ramai kata Neelofa mengged1k, tapi dia tak tingg4l kerja dakwah dia.. “

Netizen Puji Neelofa Kerana Pernah Cuba Berdakwah Mengislamkan Michael Ang..

Nama pengarah terkenal Michael Ang memang tidak asing lagi. Karya-karyanya selalu muncul di kaca televisyen menghiasi hari-hari anda.

Antara drama-drama arahan Michael Ang yang mendapat tempat di hati penonton ialah Suri Hati Mr. Pilot, Hero Seorang Cinderella, My Coffee Prince dan banyak lagi.

Michael Ang juga terkenal dengan karakter yang outspoken. Beliau sering memberi pendapat dan pandangannya tentang sesuatu isu di ruangan media sosial Instagram miliknya. Walaupun begitu, Michael sangat disenangi ramai lebih-lebih lagi rakan-rakan artis dan selebriti yang pernah bekerjasama dengannya.

Baru-baru ini kita dikej0tkan dengan berita gembira Michael membuat pengakuan telah memeluk agama Islam sejak setahun lebih yang lalu.

Yang terbaru menerusi akaun Instagram, Michael berkongsi sedikit sedutan video bersama usahawan, pengacara dan pelakon cantik manis, Neelofa dalam program Chit Chat With Michael Ang.

Menerusi video itu, Michael menceritakan Neelofa pernah cuba untuk berdakwah dengannya ketika mereka di Rome.

Jom baca perkongsian Michael dan tonton video di bawah :

Salam everyone u all tahu tak Neelofa pernah cuba islamkan I di Rome.. “

” Saksi kan perbualan santai I dlm Chit Chat With Michael Ang di Youtube Official Ria X https://youtu.be/fF6NHoWeA40 luv u all.. “‘

Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian Michael Ang. Antara komen-komen netizen :

” Wah mike nmpk berseri2 wajah u… untung la u bersih tanpa dosa masa u syahadah…kami ni ha, dosa menggunung Allah.. “

” Itulah keistimewaan bila dapat kwn yg perangai baik dan peribadi yg baik pasti akan sedikit sebanyak membimbing Kita ke arah yg baik.. sebab tu org tua selalu ckp pilih kawan tu harus berhati2.. and Micheal sgt beruntung sbb dpt berkawan gn lofa.. “

” Insan terpilih.. mimpi kaabah. Ramadhan Mubarak ! “

” Kawan yg baik adalah kawan yg mengajak ke arah kebaikan.. SUBHANAALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR mike mendapat hidayah.. “

” Love neelofa. Semoga trus berhijab ! “

” Done watch the full version… Subhanallah… Siyes mmg best gle conversation both of u.. “

” U hv bn chosen by Allah, just like Mat Dan. Subhanallah, Alhamdulillah, La ilahaillah, Allahu Akbar.. “‘

” Salam Michael. I’m still in awe hearing abt yr hidayah story. Subhanallah. Pls keep on sharing the positive & inspirational vibes around. Spread peace, love & Islam.. “

Namun begitu ada komen seorang netizen mendapat perhatian ramai :

Benarlah orang kata, kawan yang baik akan membimbing kita ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya. Berutung Michael mempunyai kawan baik seperti Neelofa. Sedikit sebanyak dakwah Neelofa juga merupakan salah satu faktor mengajak Michael Ang untuk memeluk Islam.

Jangan sesekali memandang orang lain dari segi luaran semata-mata. Mungkin dia jauh lebih baik daripada diri kita. Hanya Allah dapat menilai kita.

Apa-apa pun, syukur kita menerima seorang lagi saudara baru. Sama-sama kita doakan semoga Michael Ang istiqamah menjadi seorang hamba Allah yang soleh dan patuh segala suruhanNya dan menjauhi laranganNya. Amin..

Selamat berpuasa Michael Ang !!

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Michael Ang, Youtube Official Ria X by Berita Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..