Bacakan Ayat Ini Pada Telinga Anak-Anak Supaya Mereka Nanti Dijauhkan Daripada Melakukan Maksi4t Dan Zin4 Sepanjang Hidup Mereka..

PADA masa kini, pergaulan bebas antara pemuda dan pemudi adalah sesuatu yang sukar dielakkan. Ditambah lagi dengan kemajuan teknologi yang semakin menyukarkan membataskan perhubungan antara mereka.

Sebagai ibubapa, kadang-kadang kita juga tidak dapat menjaga 24 jam pergaulan mereka tetapi sedaya upaya pasti kita mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak dan tidak mahu mereka terjerum0s ke dalam maksi4t dan zin4.

Usaha yang harus dilakukan oleh ibubapa adalah memberi didikan agama yang mendalam dan menjauhkan mereka dari pergaulan yang tidak jelas. Selain itu, dinasihatkan juga senantiasa berdoa supaya dijauhkan mereka dari melakukan perkara-perkara yang tidak diredhai.

Dalam perkara ini, Syaikh Ibrahim Al-Bajuri dalam Kitab karyanya menjelaskan bahawa bayi yang baru lahir disunnahkan untuk di azankan pada telinga bahagian kanan dan iqamah pada telinga kiri.

Perkara penting ini baik anak tersebut dilahirkan dari rahim Muslimah atau bukan, bayinya tetap sunnah diazankan.

(ويسن أن يؤذن الخ) اي ولو من امرأة او كافر. وقوله ان يؤذن فى أذن المولود اليمنى اي ويقيم فى اليسرى لخبر ابن السني : من ولد له مولود فأذن فى أذنه اليمنى واقام فى اليسرى لم تضره ام الصبيان اي التابعة من الجن وهي المسماة عند الناس بالقرينة. ولانه صلى الله عليه وسلم أذن فى اذن سيدنا الحسين حين ولدته فاطمة عليهما السلام رواه الترمذى. وقال حسن صحيح.

Artinya: “ (Dan disunahkan meng-adzani) maksudnya meskipun (dilahirkan) dari wanita atau orang k4fir. Adapun perkataan pengarang (Fathul Qarib) dibacakan adzan pada telinga bayi yang kanan maksudnya juga dibacakan iqamah pada telinga kiri.

Sebagaimana berdasar hadits Ibnus Sunni “Barangsiapa diberikan anugerah seorang bayi kemudian ia membacakan adzan di telinganya bagian kanan dan iqamah bagian kiri, anaknya tidak akan diganggu ummus shibyan, iaitu Jin wanita yang mengikuti atau yang terkenal dengan nama qarinah.

Dan kerana Rasulullah SAW membacakan adzan pada telinga Sayyidina Husain ketika dilahirkan oleh Fathimah alaihimas salam.

Hadits ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi. Beliau berkata, hadits ini kualitinya hasan shohih.” (Kitab Al Bajuri [Beirut: Darul Kutub Al Ilmiyah], Juz. 2, hal: 572)

Azan dan iqamah ini, menurut Syekh Al Bajuri, selain untuk menghindarkan mereka dari gangguan Jin wanita (ummus shibyan) atau qarinah (qarin perempuan) juga menjadi media pengenalan pada tauhid sejak baru pertama kali di dunia.

Jadi suara pertama kali yang di dengarkan kepada anak adalah kalimat tauhid sebagaimana kalimah terakhir yang perlu ditalqinkan kepada orang yang akan meningg4l adalah kalimat La ilaha illah.

ويكون اعلامه بالتوحيد أول ما يقرع سمعه حين قدومه الى الدنيا كما يكون آخر ما يسمعه بالتلقين حين خروجه منها فانه ورد لقنوا موتاكم لا اله الا الله.

Artinya: “Adzan merupakan media mengenalkan anak kepada tauhid di saat pertama kalinya diperdengarkan pada telinga anak ketika dia datang di dunia sebagaimana talqin yang diajarkan pada waktu dia akan meningg4lkan dunia. Kerana ada hadits yang berbunyi ‘talqinlah orang m4ti dengan La ilaha illallah.”

Selain mengambil hadits, Syaikh Ibrahim al-Bajuri juga mengijazahkan sebuah amalan yang beliau dapat dari Syaikh Ad Dairobiy yang didapatkan dari para masyayikh atau guru-guru beliau, Agar bayi yang baru lahir dibacakan surat Inna Anzalnahu (al-Qadar).

Anak yang dibacakan ini tidak akan ditakdirkan oleh Allah akan melakukan zin4 sepanjang hidupnya. Insya Allah.

فائدة : نقل عن الشيخ الديربى أنه يسن أن يقرأ فى أذن المولود اليمنى سورة إنا أنزلناه، لأن من فعل به ذلك لم يقدر الله عليه زنا طول عمره. قال هكذا أخذناه عن مشايخنا.

Artinya : Dinukilkan dari Syaikh Ad Dairobiy bahawa sunnah untuk dibacakan pada telinga kanan Bayi, surat Inna Anzalnahu(al-Qadar). Sebab orang yang melakukan ini, Allah tidak akan mentakdirkan dia berzin4 sepanjang umurnya. Syaikh Ad-Dairobi berkata, demikianlah yang kami dapat dari para Masyayikh kami.

(Kitab Al Bajuri, [Beirut: Darul Kutub Al Ilmiyah], Juz:2, hal: 572).

Jadi, bagi Bayi yang baru lahir dari rahim ibunya, selain dibacakan azan pada telinga kanan dan iqamah di telinga kiri juga perlu dibacakan surat al-Qadr pada telinga bahagian kanan.

Terima Kasih Kerana Membaca. Silakan SHARE Ya!

Terjemahan Dan Disediakan Oleh Berita Kopak / Content Media

Sumber : Facebook Islam Itu Ramah