“ Sebelum balik, saya ajak emak ayah saya pergi rumah mak mertua, hendak minta maaf sebab tidak dapat jadi isteri yang baik untuk anak dia.. “

“ Sebelum balik, saya ajak emak ayah saya pergi rumah mak mertua, hendak minta maaf sebab tidak dapat jadi isteri yang baik untuk anak dia dan tidak dapat jadi menantu yang baik untuk dia. Sebenarnya mak mertua memang rapat dan berkenan sangat dengan ex girlfriends suami dari dulu sampai sanggup bagi dia masuk bilik aku..”

Assalamualaikum admin. Saya berkahwin dengan suami sudah masuk 3 tahun dan kami dikurniakan seorang putera yang berusia 1 tahun 1 bulan. Saya pernah post tentang suami saya kantoi masih berhubung dengan ex girlfriends dia tanpa pengetahuan saya dari awal perkahwinan kita orang.

Saya tahu pun, sebab 1 bulan lepas kita orang akad nikah, ex girlfriends ada call saya cakap hendak jumpa saya dengan suami.

Sila Share Dan Like Facebook Beritakopak.org Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Dan dari situ, ex girlfriends suami menceritakan dan tunjuk bukti tentang suami masih call dan mesej dia walau kita orang tengah honeymoon 2 minggu lepas akad nikah. Dia cakap yang suami call dia dan cakap rindu dan sayang dekat dia, tidak boleh hidup tanpa dia.

Patutlah time honeymoon dulu, time jalan2, punyalah lama dia pergi toilet, rupa2nya pergi call ex girlfriend dia. Dan time balik hotel, dia akan silent phone. Perasaan saya selalu saja betul, tetapi saya tidak mahu buruk sangka dengan suami, memandang kan kita orang baru nikah dan dia sudah terima saya as his wife.

So, masa ex girlfriend dia cakap macam itu, membara jugak hati saya tetapi saya kawal, saya tidak mengamuk macam orang giila. Then suami saya cakap dekat ex girlfriend dia, stoplah ganggu hubungan keluarga suami ( Saya dan suami ).


Gambar Sekadar Hiasan

Then bila ex girlfrend balik, saya tanya suami, kenapa buat macam itu dekat saya? Suami cakap mana ada dia buat macam itu. Ex girlfriends dia itu saja memang jenis suka saiko, memang ex girlfriends dia itu sorang saja yang tergiila2 kan dia, dia sudah ada saya as wife, buat apa lagi hendak dekat ex girlfrends dia.

Okey, saya malas gaduuh, saya pendam, saya diam. Then 1 bulan lepas itu, saya dapat tahu yang saya pregnant dan saya bunting pelamin. Its about 2 months in my belly, selepas itu kantoi lagi suami saya bermesej dengan ex girlfrends dia.

Time atas motor, saya geram sangat, saya cakap dekat suami, buat apa lagi babii s0nd0l betina itu hendak meny0nd0l kebun saya? Saya terbahasakan ex girlfriends dia dengan “betina”, dia terus marah dekat saya tanpa kata2, bawak motor macam tidak ingat dunia.

Habis lubang dilanggarnya. Dan malam itu hendak tidur, sakit sangat2 perut dan pinggang saya. Dan keesokannya, mencurah2 darah keluar, dan saya mengalami keguguran hanya kerana berang ex girlfriends dipanggil betina, sanggup suami saya membunuuuh zuriat dia, anak kecil saya dalam perut.

Tapi dia cakap janganlah salahkan sesiapa, redha saja. Mungkin tuhan tahu kita belum bersedia hendak jadi ibubapa kut. Iye lah, kau tidak rasa tetapi saya malas hendk gaduuh lagi, saya pendam, saya sabar.

Then bulan puasa, ada 1 hari itu suami demam, then saya cakap tidak payah niaga lah hari ini, saya hendak jaga suami saja dekat rumah, takut pengsaan ke, terjaatuh sampai tidak sedarkan diri ke tetapi suami cakap tidak mengapa, pergi saja berniaga dengan adik2 dia.

Suami cakap hendak duduk rehat dekat rumah emak dia sahaja. Emak dia boleh pantau kan. Bukan demaam teruk sangat pun. Sebab rumah saya dengan rumah mil itu dekat. Dengan rumah ex girlfriends dia pun dekat jugak. 1 kampung saja semua. So, saya cakap tidak mengapalah kalau macam itu.


Gambar Sekadar Hiasan

Hendak buat macam mana, isteri, kena lah dengar dan ikut cakap suami kan tetapi memang ada pagi itu hati saya tidak tenang. Perasaan saya rasa ada yang tida kena tetapi tidak mahu buruk sangka dengan suami sendiri.

Then tuhan hendak tunjuk kebenaran dekat depan mata saya.. hari itu, jualan habis awal dan saya dengan adik2 dia boleh balik awal lah. Then bila sampai rumah mil, saya tengok suami saya tidak ada.

Saya tanya lah mil, suami saya pergi mana. Then mil cakap suami balik rumah kejap, kawan suami datang hendak ambil barang dekat rumah. Terus saya tidak cakap banyak, saya suruh adik ipar saya hantar saya balik rumah dan pintu tingkap semua terkunci rapat. Then bila masuk saja, dalam rumah itu ada motor ex girlfriends dia.

Bila saya hendak naik dalam bilik, suami cakap jom lah pergi rumah emak dia, rumah mil saya. Then saya tidak mahu, saya cari juga mana betina itu. Then saya jumpa selipar dia, sembunyikan dekat atas dan terus saya masuk dalam bilik.

Saya jumpa 1 phone lain atas katil, saya baca mesej itu, dari suami saya send dekat ex girlfriends dia, cakap yang dia tidak sihat. Dan betina itu menyorok belakang almari saya dalam bilik kita orang. Engkau orang rasa? Saya mengamuuk macam orang gila jangan kira lah.

Dan phone itu saya ambil tetapi suami cakap phone itu yang ex girlfriends dia, ex girlfriends dia belikan untuk memudahkan dia orang berhubung 2 orang tanpa pengetahuan saya tetapi saya ambil saja, ada aku kisah siapa punya? Orang dah azan pun, saya still tidak berbuka puasa lagi.

Saya call emak ayah saya, cakap hendak balik rumah tetapi suami saya tidak bagi saya balik rumah emak ayah saya, dia takut saya cerita dekat emak ayah saya tentang aib dia. Masa itu, tidak kisah sudah, jadi isteri derhaaka ke, nusyuz ke, engkau yang buat aku sakit hati, sudah aku hendak pergi.


Gambar Sekadar Hiasan

Sebelum balik, saya ajak emak ayah saya pergi rumah mil, hendak minta maaf sebab tidak dapat jadi isteri yang baik untuk anak dia dan tidak dapat jadi menantu yang baik untuk mil. Sebenarnya mil memang rapat dan berkenan sangat dengan ex girlfriends suami itu dari dulu.

Sebab ex girlfrends cantik, pandai bergaya tapi bila saya duduk dekat rumah parents saya, suami saya pujuk saya, ajak saya balik. Dia cakap tidak buat apa2 pun dengan ex girlfriends dia hari itu.

Alasan dia, ex girlfriends dia just hendak datang melawat saja, sebab dia sakiit. Saya cakap yelah, patut hendak suruh sangat saya pergi niaga, tidak bagi saya jaga dia dekat rumah, hendak buat macam itu rupa2nya. Then suami minta maaf lagi, dia cakap dia betul2 hendak berubah.

Suami suruh saya tidak layan dan jangan percayalah kata2 ex girlfriends dia, sebab ex girlfrends dia tergilaa2 kan sangat dia, itu ex girlfrends dia sanggup buat apa saja untuk dapat kan dia.

Dan sekali lagi saya termakan umpan, konon suami hendak berubah lagi. Then 3 4 bulan lepas itu, saya dapat tahu, saya pregnant, saya tunjukkan test itu dekat suami, dia macam tidak ada perasaan pun tetapi think positive. Dan time preggy, saya tidak mahu fikir hal yangg bukan2, sebab takut jadi effects dekat anak dalam kandungan.

Dan sekarang, anak saya sudah berusia 1 tahun 1 bulan. Saya dapat tahu lagi yang dia orang still berhubung. Macam2 aib saya yang suami sudah ceritakan kepada ex girlfriends dia, pada family dia dan pada kawan2 dia. Tetapi saya tetap pendam dan simpan seorang2 saja aib dia. Isteri kan wajib jaga aib, air muka suami.

Macam2 yang suami ceritakan dekat ex girlfriends, family dan kawan2 dia, yang saya hanya pentingkan wang ringgit saja semata2. Padahal saya hanya meminta dia beri nafkah bulan2 saja dekat saya untuk melancarkan rezeki dia sendiri.

Dan saya tidak minta banyak pun, cukup lah hanya rm1, saya terima dan saya redha walau hanya rm1 yang dia bagi. Tetapi dia cakap pernah ke dia bagi saya rm1? Paling2 sikit pun rm50 kan.


Gambar Sekadar Hiasan

Saya cakap iye, memang betul, tetapi itu 3 4 bulan yang lepas. Sepanjang 3 tahun kita orang kahwin, hanya 3 4 kali saja suami berikan nafkah untuk saya tetapi saya tidak kisah, saya tidak mahu susahkan suami saya sebab makan minum pun sudah cukup dia bagi.

Cuma barang2 makeup, barang untuk dalaman, semua saya pakai duit simpanan saya sendri. Sedangkan saya hanya surirumah, kalau habis duit dalam bank itu, saya hendak cantik untuk dia lagi macam mana.

Saya hanya hendak memudahkan perjalanan rezeki suami saya saja, saya tidak mintak banyak, kalau tidak mampu, cukup dengan rm1, saya redha tetapi sekarang, saya dapat tahu dia berhubung dengan ex girlfrends dia dan berjanji hendak nikah dengan ex girlfriends dia itu. So, saya cakap tidak apalah kalau macam itu.

Saya hendak minta maaf banyak2 dan mungkin sebab saya tidak pandai jaga suami. Mungkin peng0rbanan saya untuk dia selama ini belum cukup kut. Sebab itu lah dia pilih ex girlfriends dia. Iyelah, ex girlfrends dia berkerja, boleh ah hendak beli itu ini untuk cantik luar dalam tetapi bila saya hendak bekerja, suami suruh saya duduk rumah saja jaga anak dia.

Dan saya cakap dekat suami, saya izinkan suami nikah ex girlfriends dia, dengan syarat, suami ceraikan saya dan beri hak penjagaan anak dekat saya dan bagi 1k 1bulan sebagai nafkah anak. Sebab saya hendak buat simpanan hari tua anak rm300 sebulan, rm150 untuk insurans dan yang selebihnya untuk makan, pakaian, ubaat2an dan mandian. Saya tidak cukup makan pakai tidak mengapa, saya boleh usaha cari.

Tetapi saya tidak mahu anak saya macam itu juga. Saya tida mahu anak saya susah. Saya masih sayangkan suami tetapi demi suami dan ex girfriends dia bersama, saya dengan anak saya sanggup berk0rban. Kalau kita orang still bersama pun, mungkin dia tidak akan pernah berubah tetapi suami cakap dia tidak mahu lepaskan saya dengan anak, sebab sayangkan harta dunia akhirat dia.

Tapi dalam masa yang sama, dia tetap tidak sanggup tinggalkan ex girlfriends dia. So, saya harap keputusan saya untuk berpisah dengan dia adalah keputusan yang tepat. Saya hendak dia saja yang pergi pohon ceraii nanti tetapi dia cakap tidak mahu dan kalau hendak berceraii sekalipun, dia hendak hak penjagaan anak, sebab anak harta dia dunia akhirat.


Gambar Sekadar Hiasan

Sedangkan walau anak duduk depan mata pun, still busy with phone. Saya hanya bertahan dgn perangai dia selama ini pun hanya sebab anak sahaja. Dan anak saya masih menyusu. Tolong lah. Saya hendak hak penjagaan anak saya.

Kan dia cakap hendak nikah dengan ex girlfriend dia, suruh sajalah ex girlfriends dia mengndung dan beranakkan anak dia tetapi dia cakap ada kahwin2 pun, dia putar belitkan dan cakap tidak mahu anak dia ini hidup dengan ayah tiri tetapi saya mana ada lelaki lain selain dia.

Saya tidak pernah pun curang dan tidak setia kepada suami saya. Segalanya saya sanggup berk0rban untuk suami saya tetapi ini yang saya dapat. Salah saya kut. Mungkin saya tidak pandai jaga suami kan tetapi saya hendak hak penjagaan anak saya. Sebab dia saja satu2nya kekuatan saya, penyebab saya terus bertahan untuk hidup…

Apa pendapat anda?

Silakan SHARE dan semoga bermanfaat.

Sumber : KRT / Kemaskini Oleh Berita Kopak