“ Balik rumah tu aku terus peluk bini aku, beranikan diri bertanya pasal wasap yang aku terbaca dari bekas makwe aku pada dia.. “

“ Balik rumah tu aku terus peluk bini aku, beranikan diri bertanya pasal wasap yang aku terbaca dari bekas makwe aku pada dia. Jawapan dari bini aku buat airmata jantan aku gugur…”

Hi admin…

Aku nak kisahkan dugaan yg aku hadapi sepanjang tempoh jadi suami orang ni. Mula2 nikah semua manis, tapi tu la, Allah bagi dugaan duit cukup2 makan. 3 bulan nikah, bini dah mengandung. Aku mintak dia resign, sbb kitorang pjj, aku nak dia dekat dengan aku.

Aku yakinkan diri duit gaji aku cukup utk sara hidup. Terus terang, bini aku bijak, cantik, sempurna. Tapi ye lah, dah godaan syait0n, semua yg haram tu nampak baik. Perempuan2 dekat media sosial aku layankan. Ni lah dugaan dan kesilapan terbesar aku.

Sila Like Facebook Beritakopak Untuk Cerita dan Berita Menarik!

Betul la org cakap, lepas nikah, perempuan lain semua nampak lagi baik dari bini yg halal. Tahun kedua perkahwinan, aku diuji dgn kehadiran bekas makwe aku. Dia seorang wanita yg baik, aurat terjaga, bertudung labuh, bekerjaya, serba serbi ok.

Mula2 kitorang friend dekat fb, start dari tu dia selalu like dan komen post2/status2 yg aku up, tak kisah la pasal apa pun dia mesti ada. Mula2 aku takde la nak fikir apa, tapi dah org selalu muncul, aku pun layan la.


Gambar Sekadar Hiasan

Kitorg jadi rapat balik dan mula berhubung bekas makwe aku ni siap chat bini aku bagitahu pasal hubungan kitorang, walaupun sebenarnya aku takde declare apa2 pun dgn dia. Dari mana entah dia dapat number bini aku pun aku tak tahu.

Bini aku tak bagitau aku, aku sendiri terbaca wasap tu. Kenapa bini aku tak bagitau aku? Kenapa dia diamkan? Masa ni aku pun tak tau dan aku pun buat tak tahu. Aku tunggu je bini aku sound, tapi tak, dia diamkan. Hidup dgn anak bini aku rasa dah jadi mcm hambar.

Dengan kewangan tak stabil, serba serbi tak kena. Aku hampir berputus asa. Nak dikatakan kitorang tak solat, aku jaga solat, hari2 duk imamkan bini. Sampailah satu hari ni, lepas je solat jumaat aku terjumpa dgn sorg kawan lama, tak sangka dia dah jadi ustaz. Sembang2 sampai aku luahkan pasal kehidupan aku yg serba tak kena.


Gambar Sekadar Hiasan

Free2 aku kena tarbiah tapi Alhamdulillah satu persatu punca terungkai dan aku sedar. Walaupun aku jaga solat, aku tak jaga hubungan aku dgn bini aku mak ayah aku dan keluarga bini aku.

Bini aku, aku tak sedar, aku tak pernah nak luangkan masa dgn dia, setiap kali dia nak ajak aku sembang aku buat tak layan, aku lebihkan handphone, dgn media sosial, chat dgn bekas makwe.

Masa tu semua pasal bekas makwe aku tu aku rasa indah banding bini sendiri. Mujurlah kena tarbiah, kalau tak, manakan aku nak sedar aku dah terjebak dgn wanita yg haram buat aku walaupun dia serba serbi ok, tapi dah terang2 dia tahu aku ni suami org, kenapa nak trigger aku dgn add friend, likes dan komen2 kat fb, dan chat aku?

Siap ajak aku nikah tau, sanggup nak jadi bini kedua aku. Perwatakan baik, aurat terjaga, tapi ni lah yg org kata indah khabar dari rupa. Inilah jenis wanita yg tarik lelaki ke neraaka. Mata hati aku dikaburi dgn kebaikan dia tapi dalam diam dia cuba utk menghancuurkan rumah tangga aku. Seorang wanita yg baik tak kan buat semua tu.

“ Letak bini kau kat tempat dia. Bini kau ade buat tak ape yg perempuan tu buat ? Dia ade tak cuba berhubung dgn bekas kekasih dia ? Kau nak tak bini kau jd wanita seperti itu ? ”

Aku sangat tersentap dgn ayat kawan aku ni. Aku tersedar, sejak nikah, bini aku sangat menjaga kehormatannya. Dia sangat menjaga hubungannya dgn kenalan lelakinya walaupun hanya di media sosial. Jika dibandingkan dgn bekas makwe aku yg hanya pada luarannya baik, betapa tingginya taraf bini aku.


Gambar Sekadar Hiasan

Bukan aku nak letakkan salah pada bekas makwe aku tu sorang je, ye salah aku yg gatal duk layan jugak, tapi ye lah, aku ni lelaki biasa mana nak tahan g0daan syaitaan lagi2 yg bertopengkan wanita baik2, sape tak nak. Balik rumah tu aku terus peluk bini aku, beranikan diri bertanya pasal wasap yg aku terbaca dari bekas makwe aku ke dia.

Bini aku jawab “ Sy jaga hubungan sy dgn Allah, sy yakin Allah jaga hubungan sy dgn awak. Sy tahu semua yg awak buat, awak layan perempuan semua sy tahu. Sy cuma berdoa Allah kuatkan hati sy, tak kan buat seperti apa yg awak buat ke sy.. “

” Sy bersyukur awak imamkan sy hari2. Sy bersyukur rezeki kita, anak kita. Sy sayang awak, kalau awak jodoh sy, tetap akan jadi jodoh sy. Sy berserah dgn Allah”. Gugur air mata jantan aku, betapa mulianya wanita yg aku kahwini.

Mak ayah aku, dari dulu aku ni jenis susah sangat nak call mak ayah. Balik kampung pun susah. Hulur duit pun kadang2 je. Aku lupa tanggungjawab aku kat mak ayah aku. Keluarga bini aku, kalau ada perayaan atau majlis apa2, aku susah sangat nak muncul.

Senang citer, memang aku tak gaul sangat dgn family bini aku. Mak ayah mertua aku pun jarang sangat aku nak jumpa, hulur duit tu ada la sekali dua. “Jaga hubungan kau dgn mak ayah, mertua dan keluarga baru kau.. “


Gambar Sekadar Hiasan

” Jangan lupa nafkah mak ayah, mertua tu usahakan lah. Senangkan hati dorang, hidup kau pun senang.”

Alhamdulillah, ni dah masuk tahun keempat hidup bersama isteri. Sejak dari tu, aku dah banyak berubah. Walau hal sekecil zarah sekalipun aku kongsikan dgn bini aku. Dialah teman aku dunia akhirat. Hubungn dgn mak ayah, family bini aku dah perbaiki, perlahan2.

Alhamdulillah sekarang anak dah 2, rezeki pun melimpah ruah. Harap2 korang boleh ambik pengajaran cerita aku ni. Kepada lelaki dekat luar sana, buanglah miang tu kalau dah nikah. Jangan contohi aku.

Kepada perempuan dekat luar sana, para isteri, contohi bini aku. Hehehe. Yg belum kahwin, jagalah maruah diri, jangan contohi bekas makwe aku. Haha. Buat kawan aku yg dah tarbiah aku, terima kasih tak terhingga. Allah je boleh balas jasa kau kat aku. Sekian.

Apa pendapat anda?

Silakan SHARE dan semoga bermanfaat.

Sumber : KRT / Dikemaskini Oleh Berita Kopak