Masihkah Anda Ingat Lagi Dengan Penyanyi ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’. Tegar Kini Sudah Meningkat Remaja Dan Ini Wajah Terbarunya Bersama Kekasih Hati..
Tegar Septian, penyanyi yang memulakan karier nyanyiannya dari kecil sebagai pemuzik jalanan itu, kini sudah menjejak usia remaja. Usianya sekarang sudah 18 tahun.
Tegar pernah viral dengan lagu popularnya yang bertajuk Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang. Bukan sahaja terkenal di Indonesia malah juga terkenal di negara kita Malaysia. Lagunya pada ketika itu sering menjadi siulan dan nyanyian daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.
Di usianya kini, dia sudah memahami erti cinta. Dan dia tidak segan-segan mengakui dirinya sudah mempunyai kekasih hati.
” Gadis yang selalu bersama Tegar namanya Sarah Sheila Kamilia,” kata Tegar.
Kredit : Tribunnews
Walau usianya baru remaja, Tegar mengaku serius menjalani hubungan dengan wanita itu. Namun masih belum memikirkan untuk berumahtangga dalam masa terdekat.
” Itu sudah pasti, kerana saya benar-benar serius bersamanya,” ucapnya.
Di matanya, Sarah ketika ini adalah wanita yang ideal kerana memahami dan mengetahui latar belakangnya. Termasuk ketika Tegar diberitakan sebagai mangs4 gangguan s3ksual beberapa tahun dulu.
Kredit : Youtube
” Dia tidak peduli. Yang penting teruskan saja. Biar yang dulu sebagai pelajaran,” terangnya.
Tidak hanya itu, Tegar juga menilai Sarah sebagai wanita yang boleh diajaknya memulai perjalanan hidup dari tiada apa-apa sehingga mencapai kejayaan.
Silakan SHARE untuk info dan berita menarik !
Sumber : Tribunnews.com / Terjemahan oleh Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..