Imam Muda Asyraf Dedah Sikap Lan Pet Pet Sebelum Kahwin. Memang TAK SANGKA !!

Lan Pet Pet merupakan anggota kumpulan Senario yang mempunyai trademark tersendiri. Loghat pekat utara serta gelagatnya di pentas membuatkan ramai geli hati. Selain daripada itu, ada sisi menarik yang anda mungkin tidak tahu mengenai pelawak ini.

Perkara ini telah dikongsi sendiri oleh Imam Muda Asyraf. Katanya, dia akan meminta doa dari Lan setiap kali mereka berjumpa. Kebiasaannya kita akan minta doa dan berkat dari ustaz bukan? Jika anda ingin tahu mengapa, ini sebabnya.

Selalu minta doa dari Lan Pet Pet

Jika jumpa dengan Abg Lan Pet Pet saya pasti minta doa dari beliau. Ya. Biar apa orang kata. Setiap kali jumpa saya mesti suruh Abg Lan Pet Pet doakan saya. . Ada org pernah tanya kenapa?. .

Saya yakin dan pasti. Krn terdapat byk riwayat hadith sebut tentang maqbulnya doa seorang insan jika ia berkhidmat kepada ibu dan ayah dengan baik. .

Inilah yang dijadikan tajuk bab bagi Imam Bukhari terhadap 3 org yang maqbul doanya setelah terperangkap di dalam gua. Serta betapa maqbulnya doa Uwais Al-Qarni setelah diteliti sejarah hidup beliau yg sangat menyantuni ibunya. .

Abg Lan Pet Pet yg sy kenali seorang yang sanggup membujang lama hanya kerana mahu berkhidmat kepada ibunya. Menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan hanya semata kerana ingin membantu ibunya. Banyak lagi kisah beliau bersama ibunya yang tak mampu dicatat. .

Namun hakikat adab manusia walau bertaraf ustaz sekalipun tak perlu malu untuk menuntut doa dari sesiapapun. Walau beribu org datang meminta doa darinya. Tak salah kita juga meminta org lain mendoakan kita.

Sedangkan Nabi penuh tawaduk pernah menyuruh Umar mendoakan Nabi SAW saat Umar musafir. Apatah lagi kita.

Sumber: Instagram Imam Muda Asyraf

Abg Lan Pet Pet Juga Seorang Yang Baik Dan Pernah Membantu M4ngsa Kemal4ngan.

Pendedahan seorang wanita akan sikap baik hati pelawak Lan Pet Pet yang sanggup membah4yakan diri kerana ingin membantu m4ngsa kemal4ngan di Alor Star, Kedah kini viral di media sosial.

Walau bagaimanapun, Lan Pet Pet memberitahu beliau merasa malu dan tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk apabila foto beliau yang sedang membantu mangs4 seorang lelaki berbangsa IndiaƂ menjadi bualan ramai.

Malah, tindakan beliau itu bukan untuk meraih publisiti murahan dan sebenarnya beliau mengetahui cerita itu tersebar apabila diberitahu oleh isterinya.

Saya tidak tahu ada pihak merakam gambar saya ketika saya cuba membantu lelaki berkenaan dan saya hanya mengetahuinya apabila diberitahu oleh isteri. Saya jadi malu kerana tidak mahu disalah anggap cuba menunjuk-nunjuk tetapi gambar itu pun sudah tersebar luas. Saya tidak boleh buat apa-apa.

Pada masa yang sama, Lan Pet Pet sempat menceritakan kejadian tersebut. Menurutnya, pada waktu itu beliau sedang memandu melalui Jalan Putra sebelum melihat sebuah kenderaan dengan tidak sengaja telah terl4nggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa berkenaan daripada arah belakang.

Melihat kejadian tersebut di hadapan mata beliau sendiri, Lan Pet Pet tanpa berfikir panjang telah memberhentikan kereta beliau daripada arah bertentangan untuk membantu mangs4.

Semasa saya lihat dia dilangg4r tiada siapa datang membantu dan dia cuba mengesot ke bahagian tepi jalan. Saya tidak sampai hati melihat keadaannya dan terus meluru keluar untuk membantu mengangkatnya sebelum ada pihak lain datang memberi pertolongan.

Buat Lan Pet Pet, beliau tidak pernah membezakan warna kulit sebagai ukuran untuk seseorang menghulurkan bantuan dan selalu mengingati pesan arwah ayahnya supaya menjadi seorang yang mempu memberikan manfaat kepada orang lain.

Beliau juga berharap agar perkara ini tidak lagi diperbesar-besarkan kerana ia sudah menjadi tanggungjawab sesama manusia.

Membaca kenyataan Lan Pet Pet membuatkan kami rasa betapa mulianya budi pekerti beliau. Bukan mudah untuk kita bertemu dengan insan seperti beliau bak kata orang satu dalam sejuta. Semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan yang beliau lakukan.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat…

Sumber : Puncak Viral