Wanita Ini Berkongsi Petua Berusia 50 Tahun Ini Untuk Hal4u Nyamuk

Bahan dapur boleh menjadi sumber alternatif yang mungkin boleh diamalkan untuk menghal4u nyamuk ketika negara kini berdepan penularan penyakit bawaan nyamuk seperti denggi dan Zika.

Berdasarkan carian dalam internet, terdapat pelbagai bahan semulajadi digunakan untuk menghal4u nyamuk terutamanya di kawasan kediaman, termasuk petua lama menggunakan serai wangi, menanam pokok jeremin (hal4u nyamuk) mahupun petua mudah dengan mencucuk bunga cengkih pada limau nipis.

Berkongsi tips mengha4u nyamuk, Noraini Jamsit, 53, berkata sudah lebih 50 tahun keluarganya mengamalkan petua menggunakan limau nipis dan bunga cengkih untuk menghal4u nyamuk. Katanya amalan turun temurun itu jelas berkesan kerana kediamannya bebas daripada nyamuk dan lalat sejak ia diamalkan.

Beliau yang tinggal di Palong 13, Negeri Sembilan, berkata dia tidak perlu menggunakan kelambu atau sebarang semburan bahan kimia untuk mengel4k daripada gig1tan nyamuk.

“Selain bahan-bahannya senang diperoleh, cara ini juga menjimatkan perbelanjaan dan aromanya cukup menenangkan,” katanya kepada Bernama.

Bagi Rukiah Rahmat, 80, beliau menggunakan cara yang berbeza untuk menghal4u nyamuk iaitu membakar sabut kelapa pada waktu senja.

“Pukul 6.00 petang saya sudah mula kumpul sabut kelapa dan bakar di bawah rumah. Asap daripada bara sabut kelapa yang dibakar boleh menghal4u nyamuk,” katanya yang pernah mengamalkan cara itu ketika tinggal di Kampung Tambak Bugis, Melaka.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Paras1tol0gi dan Entom0logi Perubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Roslaini Abd Majid berkata tiada bukti saintifik yang membuktikan keberkesanan petua-petua lama itu untuk menghal4u nyamuk setakat ini.

“Cuma saya rasa aroma yang kuat daripada penggunaan bahan-bahan semulajadi seperti serai wangi, pokok jeremin dan bunga cengkih mungkin menjadi faktor penghal4ng kepada gig1tan nyamuk,” katanya ketika dihubungi laman Bernama.

Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat

Silakan Berkongsi Tips Dan Petua Menarik Ini Ya !