( VIDEO ) : Aksi Tidak Sengaja Pembaca Berita TV3 Ini Ketika Siaran Langsung Berita Jadi Trending Di YOUTUBE

Jarang sekali kita melihat kesalahan pembaca berita secara langsung (live) tetapi di dalam video ini menunjukkan aksi yang tidak sengaja oleh pembaca berita dirakamkan secara live di TV3. Mungkin dia menyangka kamera hanya fokus kepada pembaca berita lelaki sahaja saat itu tetapi sebaliknya.

Pembaca berita TV3 itu dilihat sempat membuang cabai di gigi dan betulkan rambut ketika bersiaran secara langsung.

Video kredit : Youtube

Menjadi pembaca berita memang mempunyai cabarannya sendiri. Antara cabaran yang paling menakutkan buat pembaca berita adalah “bersedia sewaktu siaran langsung”. Baru-baru ini secara tidak sengaja seorang pembaca berita TV3 kelihatan tidak bersedia sewaktu siaran langsung sedang bermula.


Image Kredit : Youtube

Pembaca berita wanita itu dilihat membetulkan mikrofonnya walha pada waktu itu siaran langsung telah bermula selepas tamat slot iklan.

Video yang dirakamkan secara live itu menjadi trending di youtube ketika ini. Dipercayai kejadian memalukan itu berlaku pada siaran langsung Buletin Utama TV3, 3 Oktober 2017 yang lepas.

Jom kita lihat detik-detik yang tidak sengaja ini.

Video kredit : Youtube

Apa-apa pun mereka tetap bersikap profesional walaupun mereka sedar mereka telah melakukan kesalahan ketika ‘LIVE’. Itulah biasanya sikap yang di tunjukkan oleh para pengacara tidak kira di mana pun kerana mereka telah di ajar tentang sikap profesional yang tinggi ketika mengendalikan rancangan secara langsung.

Apa Pendapat ANda?

Silakan Share Yer.

Sumber : KRT dan Youtube.com

Update : Video tersebut telah dipadamkan di Youtube