” Seronok tengok Maryam gembira sangat bila Rina pandai sambung zikir.. ” – Netizen

Video Anak Maryam You Narae, Rina Pandai Menyambung Zikir Yang Dibaca Oleh Bapanya, Ryzal Ibrahim Raih Perhatian Ramai. Wah Pandainya Rina, Kecil-Kecil Dah Pandai Zikir. Comel Sangat Rina !!

Meninjau ke akaun Instagram Maryam You Narae, perkongsian video terbaru Rina bersama Maryam telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Rina sudah pandai berzikir.

Rina berada dalam dukungan Maryam sambil Ryzal merakamkan video mereka. Ryzal membacakan zikir kemudian meminta Rina menyambungkannya. Respon yang diberikan oleh Rina membuatkan Maryam berasa sangat gembira.

Rina boleh menyambungkan zikir tersebut walaupun sebutannya agak pelat tetapi ada bunyi nada zikirnya. Maryam yang merupakan seorang wanita berbangsa Korea mel0mpat keriangan apabila melihat Rina yang sangat bijak.

Perkongsian ini telah menerima lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik semalam. Reaksi Maryam yang begitu teruja ini juga turut mencur1 perhatian ramai. Terbaik Maryam dan Rina.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ada yang memuji didikan Ryzal terhadap isteri dan anaknya. Antara komen-komen yang diberikan :

” Masyaallah, saya lebih tertarik melihat reaksi Maryam yang kegirangan mendengar Rina menyebut Muhammad Darrasulullah.. “

” Seronok tgk Maryam gembira sgt2 bila Rina pandai sambung zikir Rizal.. MashaAllah pandainya rinaaa.. awwwww.. “

” MasyaAllah… anak solehah…. Sentiasalah dgn ibu dan ayahmu ya, sayang… Pandai Ryzal didik marian ke arah lbh baik.. terbaik ryzal.. jadi lah suami n ayah yg soleh.. “

” MashaAllah… Bijak nya Rina….. semoga menjadi ank yg solehah… amin.. I ulang dekat 10 kali ni.. comel rina.. “

” Alhamdulillah org korea pun boleh menjaga aurat. ,byk masyarakat luar yg lepas akil baligh pun masih mendedah aurat, semoga cpt² kembali kepada fitrah wanita Islam.. “

” The best feeling ever as a parents. Walaupun bukan sebutan tp lenggok zikir tu dia dpt. Anak2 kita ni hatinya sgt bersih n terang hati.. “

” Alhamdulillah good for u rina. Rizal & maryam, u did a very good job.. pandai Rizal mendidik isteri dan anak..Semuga terus berjaya utk dunia dan akhirat. Aamiin.. “

Tahniah diucapkan kepada kepada Ryzal kerana berjaya memberi didikan agama islam kepada isteri dan juga anaknya. Maryam juga kini sudah memakai hijab sepenuhnya. Semoga keluarga ini bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryam You Narae

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..