” Ada yang cakap muka kami sama, betul ke ? ” – Ezza Yusof
Gambar Isteri Remy Ishak, Ezza Yusof Bersama Seorang Selebriti Raih Perhatian Ramai. Wah Memang Nampak Macam Kembar Lah. Serupa Sangat !!
Meninjau ke akaun Instagram isteri Remy Ishak iaitu Ezza Yusof, perkongsian gambar Ezza bersama seorang selebriti telah meraih perhatian ramai. Ezza memuatnaik gambarnya bersama selebriti, Azira Shafinaz.
Menurut Ezza, Ezza bergambar bersama Azira kerana ramai menyatakan wajah mereka seiras. Menerusi gambar ini, Ezza telah bertanya kepada ramai sama ada betul atau tidak wajah mereka seiras apabila bergambar bersama.
Ternyata ramai yang bersetuju mereka sememangnya seiras dan seperti pasangan kembar. Ada juga menyatakan seperti adik-beradik. Tidak ketinggalan juga yang turut memetik nama selebriti lain yang seiras Ezza. Wah, ramainya kembar Ezza ye.
Perkongsian ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 1 jam ia dimuatnaik. Nampaknya Ezza perlu mencari 5 lagi pasangan kembarnya kerana kita mempunyai 7 orang yang berwajah seiras.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju yang wajah mereka berdua sangat seiras. Antara komen-komen yang diberikan :
” Sorang lagi.. wife adlin aman ramli.. sama, lesung pipit…. lawaaa bethooollll bini abg remy.. cute lah mmy to be ni.. “
” Aah sama… ada iras.. Tak yah sorok2 dah. Berseri2 wajah tu… cantik sgt. tak sabar nak tengok baby.. “
” Yup betul sgt.. Baru perasan samaaa la.. Alhamdulilah berserk mummy to be. Doakan saya jgk yg masih menanti zuriat nk masuk 8tahun.. “
” La igt adik beradik tk perasan azira.. Mcm kembar seiras.. like sisters.. makin hari makin cantik mommy to be.. “
” Betul I ingat kan twin you ezza.. baru perasan samalah.. cantik berseri ezzarl.. Takboleh nak sorok dah mummy.. “
” Betull kembarr suka dua dua.. Ya Allah berserinya mom to be ni . Semoga dipermudahkan segala urusan.. “
” Tp tetap nmpk juga kak baby bump.. Lawo betul.. berseri2 muka.. Makin berseri dari before preggy. Serious. Betul2 seri ibu mengandung lah .. “
Selain itu, ramai juga yang memuji penampilan Ezza yang semakin berseri-seri. Maklumlah seri ibu mengandung ini auranya sememangnya berbeza. Semoga Ezza Yusof sentiasa sihat dalam menjalani tempoh kehamilan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ezzarl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..