” Suami dia ada perasaan juga, bukan robot.. ” – Sharnaaz Ahmad
Video Sharnaaz Ahmad Mengesahkan Mengenai Status Bekas Isterinya, Noornabila. Betul Apa Sharnaaz Cakap Tu. Kena Jaga Sensitiviti Nabila Dan Engku Emran. Jawapan Yang Cukup Matang Dan Jelas. Terbaiklah Mamu !!
Sebelum ini video yang menampilkan Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden dan Noornabila berlakon bersama mendapat perhatian ramai. Ramai yang mendoakan dan mengharapkan agar Sharnaaz dan Noornabila dapat bersatu semula sebagai suami isteri.
Ini berikutan ura-ura yang mengatakan Noornabila sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan Engku Emran. Meninjau akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama Sharnaaz.
Kata Sharnaaz, dia menyedari tentang video yang tular di Tikt0k seorang peminat. Sharnaaz turut memberitahu Noornabila itu masih lagi bersuami dan berstatus isteri orang. Perasaan Engku Emran sebagai suami juga harus difikirkan.
Teka teki tentang status Noornabila akhirnya terjawab dengan kenyataan daripada Sharnaaz ini. Tidak salah untuk mendoakan perkara yang baik namun kata Sharnaaz, dia dan Nabila adalah satu team untuk membesarkan anak mereka, Jebat.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Steady mamu, matured statement. Betul cakap mamu tu. Makin matang mamu menjawab.. “
” Terbaik bro, i like mamu. Mamu dan nabila tu sekadar rapat untuk anak sahaja. Statement terbaik.. “
” Cukup matang, steady lah mamu. Salute dengan mamu ni. baguih mamu lelaki yang cukup gentlemen.. “
” Mamu telah buat contoh terbaik… Bagus mamu ni, gentleman.. baba terbaik untuk Jebat.. “
” Setuju mamu, mamu makin matured lah. Jawapan yang cukup tenang dan jelas untuk menjelaskan semuanya.. “
” Mamu sekarang bukanlah mamu yang dulu. Salute lah mamu, matang sangat. ingat kan nabila dh ceraiā¦ mn thu.. kite pun doakan la mamu dgn nabila.. “
” Betul apa dia cakap tu , bagus sharnaaz ahmad ni. Terbaik kita suka dengar keterangan Sharnaaz sekarang. nampak kematangan dalam jawapan dia.. “
Moga penjelasan daripada Sharnaaz ini dapat menjernihkan keadaan dan semua faham tentang hubungan Sharnaaz dan Noornabila sekadar ibu dan ayah Jebat sahaja. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk hidup Sharnaaz dan Noornabila bersama pasangan masing-masing.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Sharnaaz Ahmad, IG Jebat Jayden
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..