” Antara perkataan yang paling awal Afwa pandai sebut.. ” – DS Siti Nurhaliza

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Mengajar Anaknya, Muhammad Afwa Bercakap Loghat Kedah. Alahai Comel Betul Dengar Afwa Cakap Kedah. Pekat Sungguh Bunyi, Hehe !!

Siapa tidak mengenali penyanyi bersuara merdu, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini. Bukan kariernya sahaja menjadi perhatian para peminat, bahkan kehidupan harian Dato’ Seri Siti dan juga keluarga sering menjadi tumpuan umum.

Memiliki dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, kedua anak Dato’ Seri Siti ini turut mempunyai ramai peminat seperti ibu mereka. Meninjau di akaun Instagram Muhd Afwa, telah berkongsi satu video yang diambil menerusi Instagram story milik Dato’ Seri Siti.

Dalam video itu, Dato’ Seri Siti merakamkan menyuruh Afwa menyebut satu perkataan iaitu nama sebuah restoran kopi yang terkemuka. Tulis Dato’ Seri Siti pada video, perkataan tersebut adalah antara perkataan terawal Afwa pandai sebut.

Namun tulis Dato’ Seri Siti lagi, perkataan itu diajar oleh Dato’ Seri Siti dengan sebutannya kepada loghat negeri Kedah. Sehingga kini, video Afwa itu telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan emoji terhibur melihat kecomelan Afwa di dalam video tersebut. Antara komen menari adalah :

” Comel Muhammad Afwa bijak.. Ger4m tengok Afwa pipi bulat.. “

Alahai Afwa, pandai betul dia sebut. Patut lah ramai yang ger4m dengan Afwa ni, comel sangat lagi-lagi pipi pau Afwa tu. Mendengar Dato’ Seri Siti bercakap loghat negeri Kedah pun kedengaran begitu merdu.

Meskipun Afwa ini seorang kanak-kanak yang jarang senyum. Namun sekali Afwa senyum membuatkan ramai yang cair. Apa-apa pun semoga Afwa terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh buat Dato’ Seri Siti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG muhdafwakhalid, ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..