” Ehh ada lesung pipit lah dia, sekali imbas muka Baem.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Datin Shahida Mohd Rashid, Luqman Al-Hakim Yang Baru Lahir Buat Ramai Ger4m. Alahai Comel Betul Baby Luqman Ni, Lesut Pipit Tu Yang Mahal !!

Umum mengetahui baru-baru ini isteri kepada usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida telah selamat melahirkan anak keenam iaitu seorang bayi lelaki. Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Datin Shahida di akaun Instagram miliknya.

Memilih nama sebagai Luqman Al- Hakim, Datin Shahida turut berkongsi gambar terbaru Luqman buat tatapan umum. Kelihatan dalam gambar baru Luqman itu, Luqman sedang nyenyak tidur dan comel memakai baju berwarna putih.

Tulis Datin Shahida di ruangan kapsyen, gambar diambil ini ketika usia Luqman 10 hari. Menurut Datin Shahida, sepatutnya tarikh melahirkan Luqman adalah pada hari raya pertama, namun Datin Shahida bersyukur kerana dapat meraikan hari raya bersama anaknya yang baru lahir.

Perkongsian gambar itu, telah menarik perhatian warganet. Ada yang ger4m melihat kecomelan Luqman lagi-lagi Luqman memiliki lesung pipit. Sehingga kini gambar terbaru Luqman telah menerima puluan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Luqman dan mendoakan yang baik-baik buat si kecil ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ehh ada lesung pipit lah dia, sekali imbas muka Baem.. Anugerah bln ramadhan.. Tahniah Datin.. Selamat berpant4ng & selamat hari raya.. “

” MasyaAllah.. Imbas muka Baem.. Tapi baby ni dia bertukar2 demi hari.. Semuga soleh seperti Luqman dlm Alquran, amin.. Tahniah Datin.. “

” Dimpleeeeeee. MasyaAllah menawan hati betul dah Luqman ni. Sekali pandang aada iras muka abangnya, Ibrahim.. Semoga membesar dengan sihat ya Luqman.. “

” Comel lah si kecil ni, besar nanti mesti kacak macam abang2 dia.. Ger4m tengok anak-anak Datin, semuanya kacak2 dan cantik-cantik.. “

” Alaaaa mhl lesung pipit nya tu, nampak menawan.. Tak sabar nak tengok Luqman buka mata, ishh comel sangat ni.. “

” Mcm Baem plak dari tgok dari sudut sini.. Tahniah Datin, atas kelahiran cahaya mata baru.. Meriah lah raya nanti dengan anak-anak.. “

” Comelnya permata hati Datin, nyenyak betul cara tidur.. Selamat berpant4ng Datin, semoga Datin dan anak sentiasa dalam keadaan sihat slalu.. “

Alahai baru usia 10 hari, sudah terserlah kecomelannya. Sekali pandang memang wajah Luqman seperti abangnya, Ibrahim atau Baem. Apa-apa pun, semoga Luqman terus membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

]

Silakan SHARE..

Sumber : IG shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..