” Ini betul-betul nak tunjuk bujang ni. K0nfius lutut Shuib dekat mana, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Shuib Sepahtu Berjalan Menggayakan Baju Melayu Ala-Ala Beto Kusyairy Buat Peminat Terhibur. Amb0i Manis Sungguh Ye Shuib, Tapi Dah Macam Model Sampin Budak Ni. Lawak Betul, Lutut Mana Shuib, Haha !!
Sebut sahaja model baju melayu pastinya antara selebriti yang menjadi sebutan adalah si tampan, Beto Kusyairy. Wajah Beto yang selalu mengukir senyuman ini membuatkan peminat memanggilnya Beto yang manis.
Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib menggayakan sepasang baju melayu. Dengan kapsyen tertulis Beto KusYaiib, gelagat oleh Shuib ini membuatkan ramai terhibur.
Melihat pada gaya berjalan itu sudah ada gaya ala-ala Beto tetapi sampinnya tu lain macam betul cara dipakai oleh Shuib. Kata orang, kalau lelaki sudah bergelar suami sampinnya dipakai bawah lutut dan jika masih bujang sampinnya atas lutut.
Tetapi cara Shuib ni, atas lutut pun tidak, bawah lutut jauh sekali. Sudah seperti model sampin budak pun ada ni Shuib, hehe. Bukan main lagi tersengih-sengih sampai berjalan dan melambai-lambai orang di sekeliling tu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ini betul kussemangat.. Macam letak boxer je kau buat sampin tu ye haha. Nak kencing senang ni.. “
” Org tua-tua dulu bagi tau. Kalau dah berkahwin sampin bawah lutut. Kalau bujang atas lutut. Kalau atas betul tu ish ish.. tu sampin matin ke Ib haha.. “
” Konfius lutut abang dekat mana haha. Pakai skirt tak payah pakai seluar lah bang Ib. Berapa meter sampin ni hehe.. “
” Sampin awat pendek sangat.. ooo model untuk sampin budak kot haha. Tu boxer songket ke.. “
” Sampin labuh dri lutut makna dh kahwin . atas lutut makna masih bujang . adakah paras peha tandanya duda.. “
” Mungkin ini diinspirasikan dari skirt pendek artis kp0p. Hilang terus corak sampin, baik ko pakai towel terus je ib haha.. “
” Baik gulung lagi bang sampai habis. Boleh jadi tali pinggang terus haha. Ini betul-betul nak tunjuk bujang ni sampin atas lutut.. “
” Ini Betol Kesyuib haha. Orang kata kalo lelaki single, pakai samping atas lutut, kalo gaya gini dah mcm pakai pampers.. mungkin utk yg single tapi dah kena booking hahaha.. “
Macam-macam hal sungguh lah Shuib ini, entah-entah sampin Matin yang diremb4t oleh Shuib ni, hehe. Beto KusYaiib pun bolehlah Ib, janji bahagia bersama si dia tersayang. Semoga terus happy dan ceria begini Shuib.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..