” Comelnya Aisya, sebiji gaya ibunya.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Datin Seri Umie Aida Bersama Anaknya, Aisya Humaira Ke Sebuah Program Ilmu Raih Perhatian Warganet. Alhamdulillah, Kecil-Kecil Dah Ikut Ibu Ke Majlis Ilmu. Comel Sangat Aisya Pakai Shawl !!

Pasti ramai mengetahui yang pelakon Datin Seri Umie Aida beberapa tahun lalu telah mengambil seorang lagi anak angkat. Namun kali ini anak angkat Umie adalah seorang bayi perempuan dan kini telah pun berusia 4 tahun.

Memilih nama sebagai Aisya Humaira, Aisya dibesarkan oleh Datin Seri Umie bagai menatang minyak yang penuh dan seperti anak kandungnya sendiri. Terbaru meninjau di akaun Instagram, Datin Seri Umie telah berkongsi satu video dan gambar bersama Aisya.

Shawl Airis

Tulis Datin Seri Umie di kapsyen, video dan gambar ini diambil ketika mereka menerima jemputan hadir ke sebuah program ilmu. Dalam video itu, Datin Seri Umie dan Aisya kelihatan begitu cantik mengenakan shawl dan jubah labuh.

Perkongsian ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan yang Aisya memiliki sifat seperti Datin Umie Aida yang suka menghadiri majlis ilmu. Sehingga kini posting baru Datin Seri Umie telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Baju Barbie

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video baru Datin Umie dan Aisya. Antara komen menarik adalah :

”¬†Comelnya Aisya, sebiji gaya ibunya.. Jazakillah habibti hadir memberikan sokongan pada kami sama2 mengimarahkan Majlis Nuzul Quran.. “

” Alhamdulillah comel nya Aisya, begitu juga Kak Umi.. Aisya dah ada sifat seperti Kak Umi, suka ke majlis ilmu.. “

Arab Shawl

Sopannya gaya Aisya menemani Datin Seri Umie ke majlis. Comel Aisya pakai jubah dan shawl. Alhamdulillah, didikan yang baik daripada Datin Seri Umie buat Aisya. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Wajah Aisya juga kelihatan saling tak tumpah seperti Datin Seri Umie. Apa-apa pun semoga Aisya terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Datin Seri Umie serta suami, amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG umieaida9

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..