” Dia buat ayam tu macam kucing je kan.. ” – Hannah Delisha FC
Video Gelagat Hannah Delisha Di Set Penggambaran Drama Andai Itu Takdirnya Cur1 Perhatian Peminat. Eh Tak Sangka Berani Sangat Hannah Ni. Bukan Setakat Ayam, Dengan Kambing Pun Dibuat Macam Kucing !!
Hannah Delisha berasal dari negara jiran Singapura antara pelakon wanita yang mendapat tempat dalam hati peminat drama Melayu tanahair. Lakonannya yang berkesan selain wajahnya yang jelita membuatkan Hannah terus diminati ramai.
Meninjau akaun Instagram kelab peminat Hannah, Hannah Delisha FC, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hannah ketika berada di set drama Andai Itu Takdirnya. Untuk makluman, drama ini juga adalah adabtasi daripada novel.
Menggandingkan Hannah bersama Shukri Yahaya dan Puteri Sarah Liyana, ramai peminat yang tidak sabar untuk menantikan tayangan drama ini nanti. Berbalik kepada video Hannah yang dikongsikan itu, menunjukkan sisi lain Hannah.
Jarang dapat melihat perempuan yang dengan selamba mendukung ayam dan ini yang dilakukan oleh Hannah. Dibelai-belai ayam jantan itu seperti membelai kucing pula gayanya. Uih selalu kaum perempuan ini tak0t dengan ayam.
Jom tonton video di bawah :
Rupanya sebelum bergelar artis dulu, Hannah pernah membela ayam. Patutlah boleh pegang dan belai ayam seperti sudah biasa. Tidak hanya ayam, dengan kambing pun Hannah boleh relax sahaja memegang dan mengusap kepala kambing.
Memang pencinta haiwanlah Hannah ni, sudahlah cantik, berjiwa penyayang lagi. Untunglah suami Hannah ada isteri yang penyayang dan berani seperti ini. Apa-apa pun, semoga Hannah success selalu dalam kerjaya dan gembira selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hannah Delisha FC
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..