” Comelnya gaya dia bergambar, wajah seindah nama yang diberi.. ” – Netizen
Sheryl Shazwanie Kongsi Gambar Anak Sulungnya, Azzalea Safiyya Yang Kini Sudah Berusia 1 Bulan Buat Tatapan Umum. Alahai Kecik- Kecik Dah Cantik Sangat Anak Sheryl Dan Azzam Ni !!
Pada awal tahun lalu, pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie telah pun selamat mendirikan rumah tangga. Perkongsian berita tersebut telah membuatkan ramai peminat pasangan ini turut tumpang gembira.
Bukan itu sahaja, beberapa bulan selepas itu, Sheryl telah disahkan hamil anak sulungnya. Perjalanan sepanjang hamil telah dikongsikan Sheryl di akaun Instagram dan pada akhir bulan lalu, Shery telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram kedua pasangan ini telah berkongsi pertama kalinya beberapa foto anak sulung mereka yang telah diberikan nama sebagai Azzalea Safiyya Binti Muhammad Azzammuddin.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Azzalea yang baru sahaja berusia 1 bulan kelihatan sangat comel ketika bergambar. Selain itu, Sheryl juga memuatnaik naik video momen melahirkan Azzalea.
Ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Azzalea dan mendoakan yang baik-baik buat si comel itu. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comelnya gaya dia bergambar, wajah seindah nama yang diberi. Semoga anak Sherryl dan Azzam menjadi anak yang solehah.. “
” Cute nye Azzalea Safiyya, scan hari tu dr ckp baby girl, dah cadang nak letak nama Safiyya, last2 keluar baby boy. Btw esok baby boy saya cukup sebulan.. “
” MasyaAllah comelnya awak azzalea. Akhirnya nanny dpt tengok wajah awak. Moga membesar jadi anak yg solehah serta berjaya dunia dan akhirat ye sayang.. “
” Secantik namanya. MasyaAllah membesar dengan sihat baby girl sayang, tahniah buat Azzam dan Sheryl dah bergelar ibubapa.. “
” Masyaallah Tabarakallah, comelnya dia. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang Solehah & berjaya dunia dan akhirat.. “
” MasyaAllah comel sgt Azzalea, ger4m tengok gaya dia bergambar tu. Semoga membesar menjadi anak yg solehah.. “
” Aawwhh so cute mashaaAllah, happy one month babygirl. Tahniah Sheryl dah jadi ibu, tumpang happy tngok Sheryl bahagia sekatang.. “
Alahai memang comel lah anak pasangan ini, nama pun sedap sangat. Apa-apa pun semoga baby Azzalea Safiyya terus membesar dengan sihat dan baik serta menjadi anak yang solehah buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sherylshazwanie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..