” Segak noh anak dar4 Bellaz, muka dia unik..” – Netizen

Video MUA Bellaz Menyolek Anak Sulungnya, Nur Airis Alisha Tarik Perhatian Ramai. Hasilnya Memang Wow, Cantik Sangat. Sebiji Muka Mama Dia, Pandai Posing Pula Tu !! 

Nama jurusolek, MUA Bellaz yang berasal dari negeri Kedah ini memang tidak asing lagi. Banyak video tutorial makeup Bellaz mendapat sambutan ramai kerana hasil makeup Bellaz yang dikatakan luar biasa.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Bellaz telah memuatnaik satu video yang memaparkan kali ini telah menyolek anak sulungnya yang bernama Nur Airis Alisha. Tulis Bellaz di ruangan kapsyen yang video tersebut adalah masa berharga bersama anak dar4nya.

Kelihatan dalam video, Alisha atau lebih dikenali dengan panggilan manja Eica duduk dengan tenang ketika Bellaz sedang menyoleknya. Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet kerana hasil pada akhir video memaparkan Eica tampil cantik dan menawan.

Selain itu, ada yang menyatakan wajah anak sulung Bellaz ini unik dan kecantikannya persis seperti ibunya. Sehingga kini, video Bellaz menyolek Eica itu telah menerima lebih 14 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan wargnet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh Bellaz. Antara komen-komen menarik adalah :

” Segak noh anak dar4 Bellaz, muka dia unik. Untung lah mak mua, hari2 boleh mnta mak makeup, haha.. “

” Cantik lah Eica sekarang, makin besar makin terserlah kecantikan dia. Besar nanti mesti lagi cantik macam mama dia.. “

” Mak aiiii perasan lepas ni kalah lah mak dia, anak lagi melet0p.. Hahhaa. Esok besaq takyah ambik mua jejauh dah dik. Mak hg sifu sangat mekap.. “

” Alaaa comeynyaa kakak Eica, memang turun mama dia sebiji2 ni. Lawa pun pun lawa, besaq mesti segak yakmat.. “

” Ishh sebijik mk hang Eicha ooi, hahahaa cantik sungguh mak hang mekaup bagi. Nanti minta mak hg ajak makeup.. “

” Copy paste muka mak dia. Lawaa.. Hahaha tapi tak terbayang behind the scene dia Bellaz, up 1 kali bts dia.. “

” Dah lama dah teringin nak tgk bellaz make up Eica… Akhirnya dpt jgk penghujung tahun 2022 ni. Nnt buat la live Bellaz, make up Eica make up unik2.. “

Wow nampak cantik sangat hasil makeup Bellaz pada anak kesayangannya. Memang salin tak tumpah wajah Eica seperti Bellaz. Untuk info, sebelum ini pernah Bellaz kongsikan Eica juga pandai bersolek dan meminati bidang solekan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG muabellaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..