” Kelakar la kapsyen Dr Izzar ni, muka tu pasrah betul ye. Haha.. ” – Netizen

Kongsi Video Menemani Isteri Ke Satu Event, Kapsyen Posting Yang Ditulis Oleh Suami Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari Buat Warganet Terhibur. Ad0i Kes1an Tapi Lawak Tengok Reaksi Muka Dr Izzar Tu. Sampai Geleng-Geleng Kepala Ye Doc, Hehe !!

Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari seringkali menjadi perhatian warganet. Sikapnya yang sporting dan selalu menjadi tulang belakang dan penyokong tegar Ummi membuatkan warganet suka melihat Dr Izzar dan Ummi.

Beberapa hari yang lalu, Dr Izzar menemani isterinya ini ke event Armani Cinema. Seperti kebiasaan, Dr Izzar pasti menjadi pendamping Ummi dan teman bergambar si isteri. Meninjau akaun Instagram Dr Izzar, telah dikongsikan video ketika berlangsungnya event ini.

Memakai pakaian sedondon berwarna hitam, Dr Izzar kelihatan segak dan Ummi pula nampak cantik dan menawan. Dalam video ini, dapat dilihat Ummi sedang asyik berbual bersama rakan artis yang hadir iaitu Diana Danielle.

Kaspyen Dr Izzar mencuit hati warganet yang membacanya apatah lagi selepas menonton video tersebut. Apabila isteri bertemu dan berbual dengan rakan-rakan, boleh menjadi berjam-jam lamanya. Kata Dr Izzar dalam nada bergurau, dia kena ‘sidai’ kali ini, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Dr Izzar ini telahpun meraih ribuan likes daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang dapat dikongsikan :

” Sayang bini punya pasal, kena sidai pun tak apa haha. Muka BIL says it all haha. Meriah berborak.. “

” Mana lagi lama, tengok patient atau tunggu wife sembang haha. untungnya dapat hubby macam Dr Izzar ni.. “

” Untuk kami orang perempuan itu perkara biasa, jadi bertabahlah haha. Doc pandai dah sekarang ni ye haha, perhati dari dulu lagi doc peel gitu. Kuat betul menyakat haha.. “

” Biasa tu doktor, sabor je lah. Part yang geleng-geleng kepala tu lawak betul haha.. Muka redha habis.. “

” Sabar jelah wahai para suami haha. Kelakar la kapsyen dr izzar ni, muka tu pasrah betul ye haha.. “

” Haha sempat, perempuan tak pernah sal4h doc haha. Tabah menghadapi ye, kelakar lah baca kapsyen sambil tengok reaksi muka tu haha.. kena betul.. “

” Kelakar Dr Izzar ni rupanya haha. siap geleng-geleng kepala tu yang tak menahan haha.. Bertabahlah doc.. “

Sempat lagi Dr Izzar merakam gelagat Ummi bersama Diana tu. Betul kata netizen, beruntung ada suami yang memahami seperti Dr Izzar ini. Semoga Dr Izzar dan Ummi Nazeera berbahagia selalu sampai ke akh1r hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Izzar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..