” Manis, adik Fasha ke. Ingatkan kakak Fasha. Cantik adik – beradik Fasha.. ” – Netizen
Fasha Sandha Kongsi Video Sambutan Hari Lahir Adiknya, Nur Fasyina Sandha. Jarang Tengok Fasyina Ni, Ada Yang Ingat Kakak Fasha. Cantik Orangnya, Macam Muka Fasha Juga !!
Nama pelakon hebat dan sangat berbakat, Fasha Sandha ini memang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Ada sahaja perkongsian tentang Fasha di media sosial pasti menjadi perhatian para peminatnya.
Terbaru, Fasha ada memuatnaik satu video yang memaparkan Fasha bersama keluarga telah menyambut hari lahir adiknya, Nur Fasyina Sandha yang ke – 35 tahun. Di ruangan kapsyen, Fasha telah menitipkan ucapan istimewa buat adik kesayangannya.
Selain Fasha, Elisya turut berkongsi video sekitar sambutan hari lahir Fasyina. Namun perkongsian itu telah menjadi perbualan warganet. Ada yang tidak menyangka yang Fasyina adalah adik kepada Fasha dan ramai yang beranggapan yang Fasyina kakak kepada Fasha.
Kelihatan juga ibu kepada Fasha telah memberikan respon kepada salah seorang warganet di ruangan komen yang bertanyakan hal tersebut. Sehingga kini, video sambutan hari lahir adik Fasha telah mendapat lebih 15 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Selain bertanya bilangan sebenar adik beradik Fasha, rata-ratanya memuji kecantikan adik beradik Fasha dan turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Fasyina. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lorhh adik ke, ingat Fasha nombor dua. Cantik adik- beradik Fasha. Happy birthday adik Fasha, semoga apa yang dihajati akan tercapai.. “
” Happy birthday ingat ini kakak kepada Fasha, muka adik beradik semua nampak seiras, hehe naik pen1ng tengok.. “
” Ramai rupanya adik bradik Fasha, rasanya ada adik lelaki sorang kan. Happy birthday Fasyina, cantik orangnya.. “
” Lawa2 adik beradik Fasha. Ingatkan ni yang sulung, Fasha ada ramai lagi adik kt bawah rupanya ye.. “
” Kak Fasha sebenarnya ada berapa adik beradik. Selamat hari lahir Fasyina, comel je sambutan hari lahir ni.. “
” Manis, adik Fasha ke, ingatkan akak Fasha. Selamat hari lahir adik Fasha, semoga diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.. “
” Sebiji muka Fasha lah bila senyum, lawa betul. Tgk kali ke 2 br prasan Fasha yg dukung baby, ingat Fasha yg bj merah.. “
Respon Mama Fasha :
Sebelum ini pernah Fasha berkongsi gambar keluarganya ketika sambutan hari raya. Kalau dilihat memang adik beradik perempuan Fasha memiliki wajah yang semuanya seiras dan cantik-cantik belaka. Apa-apa pun, di kesempatan ini kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat hari lahir kepada adik Fasha. Semoga apa yang diimpikan oleh Fasyina dimakbulkan oleh Allah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG fashasandha, elisyasandhaoffcial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..