” Wah dah pandai cakap Melayu la, lawanya dua-dua manis.. ” – Netizen
Video Anak-Anak Gadis Deja Moss, Salma Dan Lela Mengucapkan Ucapan Terima Kasih Raih Perhatian. Alahai Dah Lah Cantik, Pandai Cakap Melayu Lagi. Comel Je Slang Tu !!
Deja Moss umum diketahui kembali bergelar isteri beberapa tahun yang lalu. Menikahi Maher Khani yang berstatus duda anak 3, Deja kini menetap di Amerika Syarikat mengikut suaminya itu. Sekalipun jauh di perantauan, perkembangan Deja dapat dilihat daripasa akaun media sosialnya.
Pada perkongsian terdahulu, Deja ada berkongsikan video sambutan hari lahir anak-anak tir1nya yang bernama Salma dan Lela. Kedua-duanya berwajah cantik saling tidak tump4h seperti ayah mereka.
Meninjau entry terbaru Deja di akaun Instagramnya, satu video dimuatnaik yang memperlihatkan Salma dan Lela mengucapkan ucapan terima kasih untuk semua yang mendoakan dan wish birthday mereka.
Bercakap dalam bahasa Melayu, anak-anak gad1s Deja ini boleh tahan fasihnya. Dengan slang mat salleh mereka, Salma dan Lela mengatakan mereka sayang semua. Wah ini mesti mommy Deja yang mengajar bercakap dalam bahasa Melayu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 500 tanda suka telahpun direkodkan untuk posting ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Happy birthday, Subhana Allah cantiknya Salma dan Lela ni. Semoga diberkati Allah.. “
” Cantiknya anak-anak puan deja.. happy birthday to beautiful girls. Dua-dua cantik, seronok dengar cakap bahasa melayu tu.. “
” Cantiknya birthday girl ni. Alhamdulillah pandai cakap bahasa Melayu, manis manis anak Deja.. “
” Happy belated birthdays to you both. May all your wishes and dreams come true. Beautiful girl.. “
” Salma dan Lela cantik dan lawanya.. dua-dua manis. Pandai dah berbahasa Melayu, bolehlah cari jodoh orang Melayu ni.. “
” Beautiful girl, cantik-cantiknya anak sis Deja. Wah dah pandai cakap Melayu la, hebatlah. Comel dua-dua.. “
” Pandai Bahasa Melayu, comelnya si cantik manis dua ni. Macam puteri raja, macam Arab pun iye.. “
Comel sangat bila bercakap dalam bahasa Melayu, peminat sempat berseloroh supaya dicarikan jodoh orang Melayu untuk 2 si jelitawan ini. Apa-apa pun, happy belated birthday buat Salma dan Lela, semoga sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Deja Moss
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..