” Kerlas wedding mummy, lain daripada yang lain. Wedding of the year la.. ” – Netizen
Video Majlis Resepsi Mas Idayu Raih Perhatian Ramai. Wah Cantiknya Gaun Pengantin Mummy. Veil Tu Unik Dan Kreatif Betul, Siap ‘Terbang’ Guna Belon !!
16 September 2022 dipilih oleh pasangan Mas Idayu dan Mohammad Sufian Che Isa sebagai tarikh untuk mereka disatukan sebagai suami isteri. Pagi tadi, telah berlangsungnya majlis akad nikah pasangan ini dan hanya dengan sekali lafaz, sahlah Mas Idayu kembali bergelar isteri.
Meninjau akaun Instagram Harian Metro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di majlis resepsi pasangan hangat ini. Sufian nampak kemas dan bergaya dalam persalinan kot berwarna putih.
Mas Idayu pula mengenakan gaun pengantin putih, sedondon dengan suaminya itu. Apa yang menarik perhatian adalah veil ataupun kain layah yang digayakan oleh Mas Idayu. Jika biasanya veil panjang sebegini pasti ada yang memegangnya di belakang pengantin.
Berbeza dengan Mas Idayu kerana veil panjangnya ini ‘dibawa’ oleh belon. Fuh memang bagus idea yang digunakan, tumpuan tetamu boleh terus kepada pasangan pengantin dan tidak ses4k dengan pengiring-pengiring untuk memegang veil.
Jom tonton video di bawah :
Sejak posting ini dikongsikan, ianya telahpun meraih lebih 1000 likes setakat ini. Antara komen-komen peminat :
” Kreatif, tak gad0h orang nak tolong pegangkan kain veil tu hihi. Wow sangat mummy malam ni.. “
” Fuh kal4h orang muda lah mummy, ketawa gembira tengok. Cute la mummy, tahniah pengantin baru.. “
” Wah cantiknya mummy, rasa lain macam auranya. berseri-seri sangat tau. Bukan biashe biashe.. “
” Kerlas wedding mummy kita. Haa senang kerja, tak payah upah orang dah nak pegang kain tu.. “
” Fuyoo bestnya veil Mas Idayu ni, smart idea. ingat orang luar negara je buat macam ni.. mommy pon lg power, betul wedding of the year laa . tahniahh laa momy masidayu1001.. “
” Amboi bukan main lawa gaun dia.. lain pada yang lain. Cantik, kreatif dan menarik. pasni ramai yang try buat jugak la ni.. “
” Nasib baik tak terbang sekali, memang melet0p. Saya tak biasa tengok kain layah guna belon. Terbaiklah mamy.. “
Lain daripada yang lain dan pasti bakal menjadi ikutan bakal raja sehari selepas ini. Apa-apa pun, Mas Idayu memang kelihatan jelita malam ini dan semoga kebahagiaan dan kegembiraan ini berkekalan sampai ke akh1r hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Myhmrap, IG Mas Idayu , IG Media HiburanĀ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..