” Cantiknya Farah, tahniah kak Nora dan Abang Den Wahab.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Bongsu Den Wahab, Farah Ismahani. Berseri-seri Sungguh Pengantin. Sama Cantik Sama Padan, Bagai Pinang Dibel4h Dua. Tahniah Den Wahab !!
Pelakon bernama Den Wahab bukan seorang yang asing untuk para peminat drama Melayu. Selain pelakon, Den Wahab juga terkenal sebagai tailor dan mengusahakan Den Wahab Industries. Perkembangan mengenai Den Wahab boleh diikuti menerusi akaun media sosial miliknya.
Meninjau akaun Instagram isteri Den Wahab iaitu Noratamam_dw, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis perkahwinan puteri bongsu mereka, Farah Ismahani.
Tanggal 9 September menjadi detik bersejarah buat Farah apabila selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya bernama Haziq. Ucapan syukur diungkapkan oleh Nora kehadrat Ilahi kerana Farah sudah pun bergelar isteri.
Sepertimana ibu lain, Nora mengharapkan agar anak dan menantunya ini menjadi pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain dan sentiasa berkasih sayang. Indah sungguh melihat pasangan mempelai di atas pelamin.
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Memilih tema serba putih, Farah nampak berseri-seri. Ayu dan jelita Farah sama seperti ibunya yang masih kelihatan muda. Antara komen-komen peminat :
” Tahniah kak Nora dan Abang Den Wahab. Tahniah juga untuk Farah dan pasangannya.. “
” Cantiknya Farah, masya Allah. Tahniah Farah dan Haziq, Alhamdulillah. Tahniah juga untuk Nora dan seluruh keluarga.. “
” Tahniah Nora dan Den for New Menantu. Semoga Allah Memberkati Perkahwinan yr Daughter till Jannah… Aminn.. “
Kegembiraan terpancar pada wajah semua ahli keluarga Den Wahab ini lebih-lebih lagi si ayah dan ibu. Selesai sudah tanggungjawab sebagai penjaga Farah dan Farah bakal menempuh fasa baru dalam hidupnya bergelar isteri.
Akh1r kata, kami di Berita Kopak ingin mengucapkan sekalung tahniah untuk Den Wahab sekeluarga dan pasangan mempelai. Semoga bahtera perkahwinan ini dapat ditemp0h dengan penuh kesabaran, persefahaman dan berbahagia sehingga ke anak cucu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Noratamam_dw
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..