” You are such a lucky stepmom. Moga kasih sayang ini kekal ke jannah.. ” – Netizen

Video Isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Melayan Wan Maryam Dan Anak-Anak Saudaranya Yang Lain Raih Perhatian Ramai. Part Cik Yam C1um Umi Dia Tu Sweet, Nampak Manja Sangat !!

Meninjau di akaun Instagram isteri pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya bersama anak Fizo, Wan Maryam atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Yam sedang beriadah bersama.

Dalam video itu juga, turut ada bersama adalah beberapa orang kanak-kanak lagi iaitu sepupu Cik Yam. Kelihatan mereka semua telah ke sebuah kolam ikan untuk memberikan makanan dan berjalan-jalan di taman.

Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan suka melihat cara Fazeera melayan Cik Yam. Malah pada pertengahan video Cik Yam telah memberikan satu kuc0pan kepada Fazeera saat mereka sedang dirakam.

Menerusi akaun Instagram Fizo pula, Fazeera juga berkongsi aktivti Fizo dan dirinya bersama Cik Yam dan anak saudara mereka yang lain bermain air di luar rumah. Wah nampak enjoy, seronok tengok kehidupan keluarga bahagia ini.

Jom tonton video-video di bawah :

Di ruangan komen, selain menyukai video keluarga ini, ada yang turut mendoakan kebahagiaan Fizo dan Fazeera. Antara komen-komen tersebut adalah :

” You are such a lucky stepmom. Moga kasih sayang ini kekal hingga ke jannah. You so cute and pretty.. “

” Semoga kekal bahagia selalu hingga ke Jannah. Suka tengok kebahagiaan abg Fizo dgn kluarga macam ni trbaek lh.. “

Momen seperti ini lah yang sangat istimewa buat kita, dapat mengisi masa lapang dan melihat anak membesar di hadapan mata pun adalah satu nikmat yang sangat berharga. Semoga hubungan rumah tangga Fizo dan Fazeera akan terus kekal bahagia bersama anak-anak tersayang.

Untuk sekadar info, hasil perkongsian hidup bersama, Fizo dan Fazeera telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan beberapa bulan lalu. Pasangan ini telah memilih nama Wan Khaleeda buat puteri sulung mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ffezyranesry, fizoomar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..