” Gabungan suara Dayang, Idayu, Azharina, Nikki Palikat dan arw4h Siti Sarah.. ” – Netizen
Ajai Kongsi Video Penyanyi Keturunan Iban Bernama Winnie Albert Menyanyikan Lagu Percayalah. Wah Ajai Puji Tu, Bukan Senang Dapat Pujian Sebegini. Memang Padu Suara Winnie !!
Meninjau akaun Instagram Ajai, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian daripada seorang wanita bernama Winnie Albert. Kata Ajai, lagu Percayalah ini diciptakan khas buat Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Ada beberapa element yang penting yang disebutkan Ajai iaitu nada yang sedap, pitch note yang tepat dan penghayatan nyanyian daripada penyanyi untuk menyedapkan lagi sesebuah lagu. Semua ini dapat dilihat oleh Ajai daripada nyanyian Winnie ini.
Pujian Ajai mengatakan suara Winnie ini sedap dan Winnei faham dengan maksud lagu ciptaannya ini. Sememangnya mendengar akan suara Winnie ini, seakan mendengar suara Dayang Nurfaezah. Ada juga warganet yang mengatakan suaranya seperti Azharina dan Idayu.
Untuk rekod, Winnie Albert adalah penyanyi veteran berketurunan Iban dan sudah banyak lagu yang dinyanyikan oleh Winnie sebelum ini. Malah Winnie antara penyanyi tersohor di Sarawak dan ramai yang mengenali suaranya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Ajai ini telahpun mendapat ribuan likes dan pujian juga diberikan oleh warganet buat Winnie. Antara komen-komen mereka :
” Ada iras Dayang Nurfaezah suaranya, campur Idayu. Lunak-lunak Dayang dan Tokti. Hebat lah penyanyi ini.. “
” Enak suara dia bro, sedap g1la. Winnie Albert, penyanyi terbilang di Sarawak. Tak sangka Ajai up this post.. “
” Artis Iban paling simple, yang penting suara mantap. Nyanyian yang memukau, bakat luar biasa anugerah tuhan.. “
” Sedapnya sangat suaranya, gabungan suara Dayang dan Idayu dengan Azharina pun ada.. Buatlah bang satu lagu untuk dia, best ni mesti meletop..”
” First time saya dengar orang cover lagu Tokti yang tak dengar iras suara tokti. Shaye shuka, suara tersendiri, vokal yang padu.. “
” Suara macam remaja, merdu dan sedap didengar. Kalau pejam mata ni, memang mat1-mat1 ingat Dayang yang nyanyi.. “
” Gabungan suara Dayang, Idayu, Azharina, Nikki Palikat dan Arw4h Siti Sarah. All in one sedap sangat dengar.. “
” Tak sangka pulak kami dengar sampai habis, sebab mmg best dia nyanyi. suare ala-ala dayang nurfaezah, gaya ala2 arw4h adibah nor (alfatihah).. “
Betul kata Ajai, bakat itu anugerah daripada tuhan dan bukan sekadar rupa. Suara yang betul-betul merdu dan punya gaya nyanyian tersendiri. Semoga ada ruang untuk Ajai dan Winnie bekerjasama sebagaimana permintaan warganet pada masa akan datang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..