” Barakallahu fiik Wany dan suami, sama cantik sama padan.. ” – Netizen
Video Official Sekitar Majlis Pernikahan Wany Hasrita Dan Suaminya, Al-Adib Fahmi Oleh LH Media TV Raih Perhatian Peminat. Wah Cantik Dan Berseri-Seri Sungguh Wany. Busana Pengantin Dan Pelamin Pun Cantik Juga !!
Tanggal 22 Julai 2022 melakar sejarah baru buat pemilik nama Wany Hasrita. Perkenalan selama 12 tahun telah membawa pelantun lagu Menahan Rindu ini ke jinjang pelamin bersama jejaka pilihan hatinya bernama Mohd Al-Adib Fahmi Harun.
Pada perkongsian terdahulu, Wany hanya berkongsikan 2 keping gambar ketika majlis akad nikah semalam iaitu gambar Wany bersama Adib di atas pelamin dan gambar ketika akad nikah sedang berlangsung.
Meninjau entry terbaru Wany di Instagramnya, video penuh majlis pernikahan semalam dikongsikan untuk tontonan umum. Video yang dikongsikan oleh Wany ini adalah official video oleh LH Media TV. Anggun mengenakan busana putih daripada Altelia Amani, wajah Wany disolek cantik oleh MUA Nasakinah.
Indah pelaminan Wany dan Adib, dipenuhi bunga-bungaan berwarna putih menjadi simbol bermulanya fasa baru dalam kehidupan mereka berdua. Sama cantik sama padan, kedua mempelai bagai pinang dibel4h dua.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Wany ini telahpun meraih tumpuan daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” MasyaAllah Alhamdulillah.. tahniah wany & suami.. semoga kekal bahagia hingga ke jannah.. u look so beautiful.. ” – Abby Fana
” Tahniah kak wany & abang adib.. Moga Berbahagia Selalu.. Alhamdulillah.. Semoga kekal hingga ke jannah.. barakallah.. “
” Congrats I’m cry1ng.. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan bahagia hingga ke jannah.. Subhanallah.. Tahniah wany & suami.. “
” MasyaAllah Sama cantik sama padan. Moga kekal bahgia hingga sorga.. Cantikkk sangaattt.. MasyaAllah congratulations.. “
” Tahniah wany hasrita. selamat pengantin baru. semoga kekal bahagia ke jannah.. kany so cantikk la.. Ada yg heartbr0ken dia sampai dah tgglkn Malaysia katanya.. Haiya Macam-macam lah.. “
” Selamat kak wanyhasrita dan suami, semoga menjadi keluarga yg sakinah mawadah warahmah, Till Jannah Aamiin.. Barakallahu fiik Wany & suami.. “
” Barakallahu lakum wa baraka alaikum kak wanyhasrita & pasangan semoga kekal bahagia hingga ke Jannah InsyaAllah Allahumma aaminn.. “
Dalam gembira, peminat turut merasa sayu melihat majlis bintang kesayangan mereka ini. Semoga ik4tan perkahwinan yang dibina ini akan disulami dengan kasih sayang yang berpanjangan dan berbahagia sehingga ke akh1r hayat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wany Hasrita, IG Wanyhasnizers, lhmediatv
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..