” Kalau I m4t1, you akan kahwin lain tak ? ” – Datin Almy Nadia
Respon Dato’ Fizz Fairuz Apabila Ditanya Oleh Isterinya, Datin Almy Nadia Buat Ramai Terhibur. Wah Sp0rting Lah Pasangan Ni. Betul-Betul Jujur Punya Jawapan, Hehe !!
Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan pasangan selebriti ini, pastinya mengetahui yang Dato’ Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia gemar bergurau antara satu sama lain. Kedua-duanya dilihat sangat serasi bersama.
Meninjau ke akaun Instagram Almy, perkongsian video terbaru mereka telah membuatkan ramai terhibur. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Fizz sedang melipat baju manakala Almy pula sedang ketawa.
Almy meminta Fizz mengulang semula jawapan terhadap pertanyaannya sebelum ini. Almy telah bertanya sama ada Fizz akan berkahwin lain jika dia sudah tiada. Namun Fizz dilihat tidak mahu mengulang semula jawapan yang telah diberikan.
Setelah dides4k oleh Almy, Fizz akhirnya memberikan jawapan. Hal yang turut sama membuatkan netizen terhibur ialah bunyi ketawa Almy yang sentiasa mencuit hati. Nampak begitu bahagia pasangan ini sentiasa bergurau senda.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai mendoakan jodoh pasangan ini berkekalan selamanya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Mudah terhibur bini nya.. lovely family .. datin ketawa, kita pn ikut ketawa non stop.. bagusnye lipat bju dato fiz.. “
” Terhibur kte..suke lh tgok datin and datok.. memang selalu kan borak dengan suami spontan keluar jawapan lawak dia , kita perempuan pantang dengar lawak rasa nak record.. “
” Hebat.. pangkat hanya di luar.. bila di rumah tggjwb mmbntu beban isteri itu sgt di tuntut.. baru btl jadi llki.. baru hebat di mata isteri.. syukur selalu moga bahagia selalu.. “
” Adoiiiii, bagusssss jwpan terus terangkan… Halah3 tak leh berenti gelakkkk… sambung balik.. Happy pil betul la dato n datin ni… dgn kita2 join gelak sekali.. “
” Bila dengar datin gelak, dgn aku2 gelak berbahak2 skali… halahhh.. halahhh.. Moga Allah panjangkan umur kedua2nya… “
” Gelak dalam hubungan suami isteri ni akan beri hormon gembira..suka tengok life Dato Datin..happy sokmo.. “
” Dato klau buat memek muko lawok serr… Datin ketawo terrr…. Dlm dakapan rahmah till jannah kalian .. Dato tln air liur nk jwb.. “
Selain itu, ada juga yang memuji sikap Fizz yang rajin membantu isterinya. Nampaknya cara Fizz melipat baju itu seperti sudah biasa melakukannya. Semoga Fizz Fairuz dan Almy Nadia bahagia hingga ke jannah. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Almy Nadia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..