” Oo suka ajuk mommy cakap, bijak sungguh ni.. ” – Netizen
Video Telatah Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Yang Semakin Petah Bercakap Buat Peminat Ger4m. Amboi Fatima, Comel Je Ajuk Mummy Cakap Yer. Sampai Tergelak Fazura !!
Siapa tidak kenal dengan si cilik bernama Nur Fatima Aisya. Anak kesayangan Fazura dan Fattah Amin ini bakal menginjak usia 2 tahun dalam beberapa bulan sahaja lagi. Kecomelan wajah Fatima dan celotehnya membuatkan peminat sering kali terhibur.
Meninjau akaun Instagram Sayang Selaseh, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima ketika outing bersama Fattah, Fazura dan Iman Tang. Seperti biasa, Fatima pasti akan berkepit sahaja dengan daddynya.
Kedengaran suara Fazura menegur Fatima kerana Fatima hanya meminta izin untuk makan dessert selepas sudah menjamahnya. Fatima yang mendengar mommynya menyebut ‘ Awak ni ‘, laju sahaja mulutnya mengajuk kembali ayat mommynya itu.
Semakin bijak Fatima dan peramah sama seperti Fazura juga. Ketika Iman menunjukkan video Fazura di handphonenya dan bertanyakan kepada Fatima siapakah itu, Fatima menjawab ‘ mommy ‘. Ketawa Fazura melihat gelagat Fatima yang menceriakan suasana ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan rata-ratanya terhibur melihat gelagat Fatima yang suka mengaj0k mommy. Antara komen-komen peminat :
” Sangat humble, suka tengok Fatima. Ger4mnya dengan Fatima ni, cerdik sangat. Pandai ajuk ayat mommy.. “
” Pandai Fatima, boleh cakap bahasa Melayu. Bagus Fazura dan Fattah ajar anak. Comelnya Fatima ni.. “
” Fatima ini Fatima ini, so sweet. Bijak benor Fatima ni, awak ni tau. Cantiknya awak ni.. “
” Awak ni, haha ayat tu memang ayat favourite Fatima lah. Pandai la, syok tengok depan ni. Sangat macam kita kita ni walaupun kayangan tapi rilek je depan ni.. “
” Cerdiknya Fatima, oo suka ajuk mommy cakap. Bijak sungguh ni princess mommy dan daddy ni.. “
” Cantik manis macam mak ayah dia. good girl fatima semoga jadi anak yang baik pada kedua orang tua. time macam ni dia pandai cakap dan ajuk ape orang cakap memang bahgia sangt perasaan jadi seorang ibu n ayah.. “
” Comelnya sebut mommy, kenal sangat mommy dia dalam video tu. Pandai pulak tu suap mommy makan. Ger4mlah dengan Fatima ni.. “
Fatima Fatima, manalah mommy dan daddy tak happy bila Fatima ada bersama. Mulut tu semakin petah berkata-kata, ‘awak ni awak ni’, comel je hehe. Semoga Fatima membesar menjadi anak yang solehah dan pendamping setia mommy dan daddy selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sayang Selaseh01
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..