” Anak yang baik, tak nak sus4hkan parents.. ” – Netizen
Usaha Anak Sulung Ajak Shiro, Jad Thaqif Membeli Handphone Hasil Dirinya Menabung Raih Pujian Peminat. Bagusnya Jad, Usaha Sampai Dapat. Part Ketawa Tu Nampak Berbunganya Hati Jad, Salute Lah Jad !!
Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan mereka. Didikan dan asuhan yang baik dari kecil pastinya akan menunjukkan hasilnya apabila si anak sudah besar kelak.
Meninjau akaun Instagram Ajak Shiro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ajak bersama isterinya, Afifah Amin dan anak-anak mereka ke sebuah shopping mall. Di ruangan kapsyen, Ajak bercerita tentang usaha Jad mengumpulkan duit untuk membeli sebuah handphone.
Walaupun sudah berkali-kali Ajak mempelawa untuk membelikan handphone untuk Jad, namun anak sulungnya ini men0lak dan ingin membelinya menggunakan duit hasil usahanya sendiri. Duit upah dan duit raya yang dikumpulkan oleh Jad akhirnya berhasil untuk membeli handphone idamannya ini.
Sebagaimana gembiranya Jad dengan tersenyum lebar apabila handphone sudah berada dalam genggaman, Ajak juga gembira melihat kejayaan anaknya ini. Bukan mudah hendak konsisten menyimpan duit dan Jad sudah menunjukkan dirinya mampu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Ajak ini telahpun meraih lebih 40 ribu likes sehingga kini. Ramai yang memuji sifat bersungguh-sungguh Jad ini. Antara komen-komen peminat :
” Anak soleh, semoga berjaya dunia dan akh1rat. Good job Jad. Nanti tolong kumpulkan untuk kakak pulak tau hehe.. “
” Tahniah Jad, tahniah Ajak dan CIkgu Afifah, didikan dan asuhan yang baik, Alhamdulillah.. “
” Wah bagusnya Jad, hebat. Aku yang kerja pun tak boleh simpan, sed1h. Kena simpan juga la ni demi iphone.. “
” Alhamdulilah pandai usaha sendiri. Kenapa part Jad ketawa saya pun turut ketawa bang. Auranya berjangk1t.. “
” Terbaik, Teringat dulu saya sendiri kumpul duit lepas SPM untuk beli telefon pertama saya. Nyatanya, puas hati. Dari itu, saya mengerti makna berdikari & berjimat-cermat serta menghargai masa.. “
” Salute lah Jad, Alhamdulillah anak soleh dunia akhiat. Satu kepuasan bagi seorang kanak-kanak.. “
” Bijak Jad, dia akan lebih menghargai sesuatu barang tu dgn duit hasil usaha dia bang.. congrats jad.. “
” Bahagianya tengok dia, tahniah Jad. Anak yang baik dan bertanggungjawab. Tak nak susahkan parents.. “
Hati siapa yang tidak bahagia apabila segala usaha membuahkan hasil. Senyuman Jad sudah cukup menggambarkan perasaannya ketika itu. Tahniah Jad kerana berjaya merealisasikan impian dengan titik peluh sendiri.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajak Shiro, IG Jad Thaqif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..