” Terbuai dengar suara apa lagi suara Camelia, mendayu-dayu.. ” – Netizen

Video Gandingan Suara Bob Yusof Dan Datin Seri Camelia Di Majlis Santapan Diraja Raih Pujian Peminat. Sedap Suara Kedua-duanya. Terubat Rindu Pada Suara Datin Seri Camelia. Masih Lunak Seperti Dulu !!

Meninjau akaun Instagram Bob Yusof, telah dikongsikan sedikit sedutan video semasa Bob bergandingan bersama dengan Datin Seri Camelia menyanyikan lagu khas berjudul Simfoni Tuanku pada 29 Jun yang lalu.

Lagu ciptaan Sharnaz Saberi ini diciptakan khas untuk DYMM Yang Dipertuan Agong dan DYMM Raja Permaisuri Agong. Bob turut memaklumkan pada perkongsian terdahulunya bahawa persembahan khas Bob dan DS Camelia ini keseluruhannya adalah didatangkan khas dari Negeri Sarawak untuk majlis di Istana Negara ini.

Melihat kepada nyanyian Bob dan DS Camelia, ianya telah mendapat perhatian dan pujian daripada peminat. Sudah lama peminat tidak mendengar suara merdu DS Camelia dan video ini mengubati kerinduan peminat terhadap beliau.

Majlis Santapan Memuliakan Persidangan Raja Raja ke 259 ini turut dihadiri oleh Sultan Sultan dan Raja Raja serta TYT Negeri. Gandingan 2 anak kelahiran Sarawak ini memang memukau dan tidak dinafikan kedua-duanya memiliki suara yang hebat.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Bob ini telahpun meraih lebih 1000 likes sehingga kini. Antara komen yang memuji Bob dan DS Camelia :

” Congratulations Bob, creative project Anak Sarawak.. pasti yang terbaik. Segak suka tengok, cantiknya Camilia.. “

” Suara dua-dua gemersik dan lunak merdu. Bob memang terbaik, Camelia pun dah lama h1lang suara tetap power. masih seperti dulu.. “

” Alahai sedapnya, jatuh cinta pada kedua-dua suara hebat ni. Mantaplah bang Bob, lovenya.. “

” Wahh hebat, tahniah bang Bob. Bob antara hasil Akademi Fantasia paling success. Gandingan yang hebat dengan Datin Seri Camelia, suara memukau.. “

” Merem4ng dengar, sedapnya suara Bob dan Datin Seri Camelia. Merdu dan mendayu-dayu, suara paling best if dendang irama macam ni.. “

” Sukanya dengar, lovely voice. Secukup rasa, tahniah bob. Terbuai dengar suara apa lagi suara Camelia, mendayu-dayu.. “

” Lunaknya suara kedua-duanya, steady anak Sarawak. Lama tak dengar suara Datin Seri Camelia, suara masih power.. “

” Lama tak dengar camelia, ingin nak dengar Camelia nyanyi lagu rindu padanya. Lagu favourite tu. terubat rindu pada suara Camelia.. “

” Alhamdulillah. terbaik Bob dan Datin Seri Camelia. Terubat rindu dgn Datin Seri. Soothingnya sedap suara.. “

Pasti terubat rindu peminat apabila melihat persembahan 2 figura hebat dan ada namanya tersendiri ini. Irama yang mendayu dan dibawakan oleh Bob dan Datin Seri Camelia dengan cukup baik. Semoga bakal ada lagi kolaborasi bersama pada masa akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bob Yusof

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..