” Nampak si bapa lagi teringin nak jadi mermaid, haha.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Aeril Zafrel Melayan Permintaan Anak-Anak Perempuannya Mahu Menjadi Mermaid Buat Ramai Terhibur. Aeril Kalau Tak Buat Kelakar Memang Tak Sah, Tapi Comel Pulak Tengok Aeril Jadi Mermaid, Haha !!

Kalau melihat dari segi lakonannya di kaca televisyen, pasti ramai yang tak menyangka bahawa pelakon kacak, Aeril Zafrel ini sebenarnya mempunyai perwatakan yang kelakar. Bagi yang mengikuti Aeril di akaun Instagram pasti tahu, Aeril sering berkongsi video lucu buat tontonan umum.

Terbaru, bapa kepada empat orang cahaya mata ini telah berkongsi satu gambar yang memaparkan dirinya telah membawa anak-anak perempuannya iaitu, Hayla dan Ayya ke sebuah hotel yang biliknya bertemakan kartun Barbie.

Tulis Aeril di kapsyen, Aeril telah menunaikan permintaan anak-anaknya itu yang ingin menjadi mermaid.  Selain itu, turut dikongsikan oleh Aeril pada posting lain, video dirinya ‘sibuk’ melayan Hayla dan Ayya.

Sikap Aeril harus dipuji kerana melihat gaya Aeril melayan anak-anaknya jelas terlihat Aeril seorang bapa yang penyayang. Hingga kini video Aeril dan anak-anak memakai kostum mermaid  telah mendapat lebih 60 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ianya dimuatnaik ke akaun Instagramnya.

Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur mereka setelah melihat gambar Aeril yang memakai kostum mermaid. Antara komen-komen warganet adalah :

” Hahahaha kau kalau tak kelakar memang ar Aeril, ker4s perut tengok perangai kau, adehh sab4r jelah.. “

” Siapalah video editor, lagu raya tak ngam ngn situasi, hahaha apapon comey president layan anak-anak, comel.. “

” Nampaknya bapa dia yang lebih nak jd mermaid daripada anak-anak tu, tapi Aeril memang bapa yang penyayang dan rajin.. “

”  Amboi sak4n memang kelakar habis, Aeril seronok nampak jadi mermaid, kal4h anak-anak ni, haha.. “

” Nampaknyaa impian nak jadi mermaid tu impian bapak hayla lah, pandai2 je cakap impian anak, hahaa ad0i kelakar.. “

” Nampak si bapa lagi teringin nak jadi mermaid, haha. Comel lah Hayla dan Ayya, semp0i Aeril layan anak-anak.. “

” Comel lah, tengok Aeril tolong siapkan anak-anak, nampak teliti betul cara nak iron baju tu, hehehe.. “

Sebelum ini, pernah Aeril berkongsi satu video meny4kat Hayla dengan membuat pengakuan bahawa dirinya sebenarnya berasal daripada keturunan ikan duyung, video tersebut juga telah mengundang tawa para peminat Aeril.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..