” Seronok tengok mereka ni, simple je. Tak ada nampak sor0k-sor0k pun.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Tahnik Dan Cukur Jambul Anak Mira Filzah Raih Perhatian Ramai. Wah Cantik Dan Segak Semua Berbaju Biru. Cantik Nama Baby, Maksud Yang Cukup Indah !!
Minggu lalu, pelakon wanita jelita, Mira Filzah telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya. Dikurniakan oleh Allah seorang bayi lelaki, anak Mira ini lahir sama tarikh bulan Islamnya dengan Mira iaitu pada 9 Syawal.
Setelah 7 hari berlalu, Mira dan Emir berkongsikan nama dan gambar bayi ini kepada peminat. Meninjau akaun Instagram Mira Filzah, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan suasana sekitar majlis tahnik dan cukur jambul bayi mereka.
Memilih nama Wan Khair Amir, Khair yang bermaksud baik diambil sempena nama arw4h bapa Emir manakala Amir pula bermaksud pemimpin dan merupakan gabungan nama Emir dan Mira. Majlis ini disempurnakan oleh Ustaz Don Daniyal dan hanya dihadiri oleh keluarga Mira dan Emir sahaja.
Pada kapsyen ini juga, doa dan harapan Mira dan Emir diungkapkan untuk putera mereka ini. Semoga Amir membesar dengan baik dan soleh serta menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara, itu harapan pasangan ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Mira ini pastinya dinanti-nantikan oleh para peminatnya. Tidak sabar melihat wajah EmirAmirah junior, nama Amir juga mudah diingati. Antara komen-komen peminat :
” MasyaAllah Tabarakallah. Syukur ke hadratNya, Wan Khair Amir is blessed to have you both as his parents. Moga Wan Khair Amir menjadi khalif yang soleh wa musleh. Aamiin Allahuma Aamiin.. “
” MasyaAllah.. Tabarakallah. Assalamualaikum Wan Khair Amir.. beautiful name.. ” – Fazura
” Sedapnya nama, welcome aboard Wan Khair Amir. semoga menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa.. “
” Tengah pantang pun cantikk Mira ni. As expected, mesti ada amir dalam nama hehe. Sedap namanya, indah maksudnya juga.. “
” Tahniah Mira, comelnya baby. Mirapun kurusnya, jeles betul. Syukur Alhamdulillah, semoga Amir menjadi anak yang soleh.. “
” Alhamdulillah.. tahniah to both… Seronok tengok mereka ni.. simple je.. tanak tunjuk muka, amik je angle yang sesuai… takde nampak sor0k2 pun.. “
” Beautiful family, beautiful name. Tahniah Mira & suami.. terbaik, wlu tak dapat tengok wajah sepenuh nya.. cukup le tgok tepi je.. tu pun dah nampak comel baby Amir ni.. “
Alhamdulillah, selesai sudah yang tahnik dan cukur jambul baby Amir. Semuanya baik keluarga Mira mahupun Emir semuanya nampak gembira dan bahagia. Semoga baby Amir sentiasa dalam lindungan Allah dan membesar dengan sihat selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Mira Filzah, Wan Emir Astar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..