” Baru terfikir macam mana la Tokti nyanyi sedap macam ni dalam studio. Sekali nah.. ” – Netizen
Video Di Sebalik Tabir Rakaman Lagu Raya Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Lip Lap Raya. Oo Macam Tu Rupanya Karakter Tokti Dalam Studio. Part Sal4h Nyanyi Tu Comel Betul !!
Setelah lama tidak keluar dengan lagu raya, penyanyi kebanggaan negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza muncul dengan lagu Lip Lap Raya. Lagu yang ceria dan membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya merasai aura raya ini mendapat views yang banyak daripada peminat di Youtube.
Meninjau akaun Instagram pengurus Dato’ Siti iaitu Rozi Abdul Razak, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan di sebalik tabir rakaman lagu raya ini. Bukan mudah untuk menyiapkan sesebuah rakaman lagu dan perlu mengikut tempo dan lenggok yang sudah dirancang.
Dalam video ini, Dato’ Siti nampak bersemangat dan enjoy sepanjang rakaman. Dengan gaya yang ceria, Dato’ Siti menari-nari riang sambil menyanyi. Suaranya yang merdu memang tidak dapat dinafikan walaupun tanpa muzik tetap lunak didengar.
Cerita Rozi, Dato’ Siti tahu bahagian mana yang ters1lap dan automatik Dato’ Siti akan berhenti menyanyi dan membetulkan kes1lapannya itu. Sempurna nyanyiannya sama sahaja secara live atau rakaman, suara telan kaset Dato’ Siti ni.
Jom tonton video di bawah :
Posting oleh Rozi ini mendapat pelbagai respon daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” She never fa1l to impress me with her vocal prowess. Dari mula muncul hinggalah sekarang, she always give her best, and I think that made everyone’s job fast & easy.. “
” Salah nyanyi pun sedap. Suara tak masuk muzik dah sedap dgr merdu sungguh suara tokti. Comel je joget cam tu sambil pegang kain.. “
” Salah nyanyi pun best lah Ctdk ni. Terhibur saya yg tgh kuarant1n ni tengok. Kita ni nyanyi beria bersungguh pun belum tentu sedap lagi.. “
” Napelah comel sangat tokti ni. Tokti main kain tu sambil nyanyi hihi. Suara memang anugerah dari Allah, merdu sungguh.. Live dengan rakaman serupa je suara, sedap.. “
” KakZ teruskan berkongsi di balik² tabir tentang tokti.. kami teruja nk tengok aktiviti harian tokti.. “
” Td dgr kt suria fm… Baru terfikir dan terbyg2 mcm mana la tokti nyanyi sedap mcm ni dlm studio… ada mcm2 lenggok… skaliiii nahhhh… mcm tau ja apa yg tersirat di hati.. “
” Mcm ni pun best da. Wah tokti mantap. Dari dptkan mood, body movement and voice projection, terbaik. Thanks Tokti and team for this beautiful song.. “
Begitu rupanya di sebalik tabir rakaman lagu raya baru Dato’ Siti. Memang best mendengar suara Dato’ Siti walaupun tanpa muzik. Menari sambil pegang kain tu paling comel, dah macam Aafiyah pula. Semoga success selalu Dato’ Siti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozisangdewi, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..