” Seronok tengok hubungan baik kak Erma dengan bek4s suami dan isterinya.. ” – Netizen

Video Sesi Bersalaman Dan Bermaafan Erma Fatima Bersama Keluarga Besarnya Pada Hari Raya. Turut Hadir Bek4s Suami, Bade Dan Isterinya. Contoh Keluarga Terbaik, Alhamdulillah !!

Hari Raya Aidilfitri tahun ini memang berbeza daripada tahun lalu. Jika tahun lalu hari raya tidak dapat berkumpul beramai-ramai namun tahun ini kemeriahannya dirasai oleh semua. Apatah lagi lebaran tahun ini awal dari jangkaan dan membuatkan ramai yang kel4m kabut pada malam raya.

Aktiviti bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara ahli keluarga antara aktiviti wajib pada pagi raya. Meninjau akaun Instagram pelakon dan pengarah Erma Fatima, telah dimuatnaik video sesi bersalaman mereka yang penuh meriah.

Turut kelihatan sama dalam video ini adalah bek4s suami Erma iaitu Bade Hj Azmi bersama isterinya, Aida Abdul. Umum tahu pasangan ini telah berp1sah namun mereka tetap berhubungan baik sehingga kini.

Selain itu, Datin Paduka Umie Aida dan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan turut kelihatan sama dalam video tersebut. Pendek sahaja coretan Erma di kapsyennya ini berbunyi ‘ Terima Kasih Allah’.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Erma ini telahpun mendapat lebih 800 likes sehingga kini. Antara komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Seronok tengok hubungan baik kak Erma dengan bek4s suami dan isterinya. Contoh terbaik, tetap berhubungan baik dan tiada sengket4.. Alhamdulillah, Subhana Allah.. “

Tiada yang lebih bermakna daripada memiliki keluarga yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Dapat bersama-sama meraikan hari kemenangan pastinya membawa kegembiraan tidak hanya untuk Erma malahan keluarganya juga.

Aidilfitri yang membawa keceriaan dan mengeratkan lagi hubungan seluruh keluarga. Selamat hari raya buat Erma sekeluarga dan semoga ik4tan kekeluargaan dan hubungan baik ini kekal berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erma Fatima

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..