” Cantiknya dapur Yatie, terpesona tengok. Memang inspire lah.. ” – Netizen
Suka Kongsi Video Memasak, Ruang Dapur Rumah Yatie Kamarzaman Cur1 Perhatian Ramai. Walaupun Berkonsepkan Warna Putih, Nampak Bersih Dan Kemas !!
Mungkin ramai yang mengenali nama Yatie Kamarzaman iaitu anak kepada pengasas kosmetik Rozita Ibrahim atau Bonda ini. Dia juga sangat aktif berkongsi aktiviti harian dan produk niaganya di laman media sosial.
Meninjau di akaun Instagram, Yatie suka berkongsi video dirinya sedang memasak sebelum ke tempat kerja. Pelbagai resepi ringkas dan lazat disediakan oleh Yatie untuk bekalan diri dan suaminya. Bahkan dia juga tidak kedekut berkongsi resepi masakannya kepada umum.
Namun yang mencur1 perhatian warganet adalah ruangan dapur rumah Yatie yang kelihatan cantik dan serba mewah. Meksipun selesa menata hiasan ruang kediaman dengan warna putih yang berkonsepkan klasik kontemporari, ianya masih kelihatan bersih dan kemas.
Hinggakan setiap perkongsian video memasaknya, ramai yang terpesona melihat segala perkakas yang ada di ruang dapur Yatie dan kagum dengan keupayaan serta cita rasa dalam menghias setiap sudut ruang rumahnya.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai meluahkan rasa teruja mereka melihat ruang dapur Yatie dalam video tersebut. Antara komen-kome menarik adalah :
” Cantiknya dapur Yatie, terpesona tengok. Memang inspire lah. Tengok pun rasa segar je mata dengan warna putih bersih ni.. “
” Rasa lebih fokus tengok dapur Kak Yatie daripada masakan yang Kak Yatie sediakan tu. Memang wow lah dapur Kak Yatie, serba lengkap semuanya.. “
“Paip air dekat dapur tu paling special, tak payah sus4h2 ke singki nak ambik air, hehe terus buka paip ambik periuk.. “
” Akak memang suka tgk video masak2 Yatie, sebab suka tengok ruang umah Yatie serba putih bersih cantik.. “
” Lawanya dapur rumah dia, kalau macam ni memang tak makan luar lah, hahaha hari2 masak, sebab tak b0san duduk di dapur.. “
” Impian saya untuk ada ruanga dapur yang cantik macam ni. Cantik lah, mesti mahal kan nk buat semau ni.. “
” Terpeg0n tengok, nampak dah macam ala2 hotel pun ada. Cantik tengok ruangan dapur macam ni siap ada mini halaman hijau.. “
” Bersihnya dapur Yatie, tak k0tor walaupun warna putih, kalau lah dapur saya warna macam ni mau hbis kuah minyak melekat di dinding, hehe.. “
Lebih menarik kalau dilihat, ruang dapur Yatie terbuka dan menghadap terus ke halaman rumah nan hijau. Sejuk dan tenang dapat memasak juadah untuk keluarga di ruangan dapur serba eksklusif macam dapur Yatie ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Yatie Kamarzaman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..