” Umur 19 muka betul-betul serupa wajah Bonda Rozita.. ” – Netizen
Muatnaik Video Gambar-Gambar Awal Perkahwinan, Perkongsian Yatie Kamarzaman Cur1 Perhatian Ramai. Ingatkan Bonda Rozita Tadi, Memang Sebijik Sama. Semakin Berusia Semakin Nampak Muda Pulak Yatie Ni. Memang Mewarisi Kejelitaan Bonda !!
Selain adiknya, Dato’ Aliff Syukri dan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim, pemilik nama Noor Hayati Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai Yatie Kamarzaman ini juga popular dalam dunia usahawan dan di laman media sosial.
Meninjau di akaun Instagram, Yatie telah memuatnaik satu video yang memaparkan gambar-gambar bersama suaminya ketika awal perkahwinan mereka. Mendirikan rumahtangga pada usia 19 tahun, wajah Yatie dahulunya jauh berbeza daripada sekarang.
Meskipun berbezaan usianya yang muda daripada suaminya 6 tahun, kelihatan wajah Yatie pada awalnya seperti nampak berusia daripada umur sebenar. Perkongsian video itu telah mencur1 perhatian ramai. Ada yang menyatakan bahawa gambar ketika Yatie berumur 19 tahun seiras Bonda Rozita.
Hingga kini video Yatie bersama suaminya ketika muda telah mendapat tanda suka lebih 15 ribu dan ratusan komen sejak dimuatnaik ke akaun Instagram. Selain itu, bagi yang mengikuti perkembangan Yatie sejak dahulu pasti tahu dia juga pernah memiliki badan yang agak berisi namun sekarang sudah tampil langsing persis anak dara.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang suka melihat berubahan Yatie yang dikatakan semakin meningkat usia, wajahnya semakin awet muda. Antara komen-komen warganet adalah :
” Umur 19 muka betul-betul serupa wajah Bonda Rozita. Tapi Kak Yatie sekarang semakin cantik lah kalau nak bandingkan dahulu.. “
” Woww sekarang lagi cun dan muda, hehe. Dulu suami nampak macam muda daripada Yatie, sekarang tengok Yatie macam jadi adik dia pula, haha.. “
” Korang berdua ni awet muda ker apa. Dh macam movie twilight, sampai bila2 pun tak nampak tua, hahaa.. “
” Ingt kn Bonda ms muda, muka Yati seiras sgt dgn Bonda dlm gmbr ni. Semoga korang terus bahagia bersama dengan anak-anak.. “
” Bersemut hbis skrin telefon, haha. Kak Yatie makin berusia makin cantik lah, tengok sekarang tak macam umur nak masuk 40 pun.. “
” Dulu biasa-biasa, sekarang luar biasa, cantik sangat. Fuh pasangan yang tak makan dek usia, memang mewarisi kejelitaan Bonda.. “
” Kak Yatie kenapa makin muda kak Yatie. Idola saya laaa Kak Yatie nieee, sy pun nak nampak makin muda, haha.. “
Perubahan penampilan Yatie memang nampak begitu ketara. Kalau melihat gambar Yatie bersama anak-anaknya pun memang tak nampak macam ibu beran4k dua. Malah dah nampak macam sebaya je umur mereka bertiga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Yatie_kmrzmn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..