” Sedapnya suara, rasa nak terlena mendengarnya.. ” – Netizen
Berjaya Menghafal Surah Ar-Rahman, Alunan Suara Isyariana Mengaji Raih Perhatian Peminat. Tenang Mendengar Suara Isya Ni !!
Bagi peminat drama Melayu berjudul Hati Yang Dikh2anati, kelibat pelakon manis bernama Isyariana ini pastinya dikenali. Isyariana antara bintang muda yang menyerlah bakatnya. Tidak hanya pandai berlakon, Isyariana juga memiliki suara yang merdu.
Meninjau akaun Instagram Isyariana, telah dikongsikan satu video pendek berdurasi 2 minit 43 saat yang memaparkan bacaan surah Ar-Rahman. Surah Ar-Rahman yang mempunyai 78 ayat ini telahpun berjaya dihafal oleh Isyariana.
Kongsi Isyariana di kapsyennya, selepas surah Al- Mulk, surah Ar-Rahman paling lama untuk dihafalnya ketika memandu. Mengisi masa ketika memandu dengan menghafal surah Al-Quran, ianya salah satu cara Isyariana untuk mengelakkan daripada mengantuk.
Suara Isyariana mengaji memang sedap didengar. Dengan alunan suara yang berlagu, ada juga bacaan Isyariana yang terhenti seketika pada ayat ‘ Fabiayiala ‘ kerana Isyariana kel1ru. Apa-apa pun, bacaannya bagus dan pencapaian yang membanggakan dapat menghafal surah tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Isyariana ini telahpun ditonton oleh lebih 50 ribu tontonan dan menerima lebih 10 ribu likes daripada peminat setakat ini. Antara komen-komen peminat :
” Masha Allah tabarakallah, love sis. Inspirasi untuk kita semua, semoga menjadi asbab untuk ke syurga Allah.. “
” Inspire sangat untuk hafal jugak. Sedap dengar suara Isya mengaji, lembut je suaranya. dah la cantik, sopan, suara sedap. Semoga amalan kita diangkat Allah swt.. “
” Alhamdulillah sayang semoga menjadi Insan yang mulia di sisi Allah. Sedapnya suara, rasa nak terlena mendengarnya.. Next Waqiah pulak Isya.. “
” Dah la lawa sedap pula suara bila mengaji… Berlakon tak ade kontr0versi … Pandai jaga diri jaga batas… Alhamdulillah teruskan dengan cara awak .. salam ramadhan selamat berpuasa.. “
” Uish, sus4h jugak tu nak hafal Ar-Rahman sebab ayat banyak berulang. Syukur…seronok bila dpt baca dgn baik.. kalau dpt hafal lagi rasa seronok.. al-Waqiah best jgak blh try.. “
” Alhamdulillah semoga Allah permudahkan utk hafal suroh2 yg lain. Terbaik, sis.. menjadi inspirasi utk saya dan yg lain. Sedap suara mengaji.. “
” Aku yg tak keje pon tak sempat nk hafal… terbaekk la mu isya.. moga boleh menjadi contoh yg baik kpd org lain jgk.. insyaAllah.. “
” MasyaAllah Tabarokallahh… menang1s aunty dengar .. aunty baru hafal Al Mulk. Semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki untk awk.. “
Mencur1 ruang waktu walaupun sibuk dengan kerja, cara Isyariana ini boleh diikuti oleh semua. Salah satu cara untuk semua menambahkan lagi ilmu di dada. Apa-apa pun, semoga Isyariana berjaya menghafal surah yang lain pula selepas ini. Terus istiqomah Isya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Isyariana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..