” Comel Mak Iti, siap tuala atas bahu. Part kuali tu legend betul.. ” – Netizen
Gaya Datuk Siti Nurhaliza Masak Juadah Berbuka Puasa Ditemani Menantu-Menantunya Cur1 Perhatian Ramai. Wahh Seronok Tengok Bonding Time Mertua Bersama Menantu, Biras Bersama Biras Ni !!
Meninjau di akaun Instagram milik Tya Arifin, isteri kepada Asyraf Khalid, ada berkongsi beberapa gambar suasana ketika berbuka puasa di rumah bapa mertuanya, Datuk Seri Khalid bersama ahli keluarga yang lain.
Menerusi kapsyen, Tya telah mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya, Datuk Siti Nurhaliza kerana telah menyediakan juadah istimewa berbuka kepada mereka sekeluarga. Difahamkan Datuk Siti telah memasak ketam telur masin.
Namun begitu, yang menjadi perhatian warganet adalah gambar-gambar yang dikongsikan Tya iaitu aksi Datuk Siti sedang memasak di dapur. Gaya Datuk Siti yang bersahaja lebih-lebih lagi tuala kecil di bahunya buatkan ramai terhibur melihat gayanya itu.
Selain Tya, turut ada bersama adalah pelakon Izara Aishah yang juga menantu Datuk Siti. Hingga kini perkongsian gambar-gambar oleh Tya tersebut telah mendapat lebih 26 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai gambar-gambar yang oleh Tya dan menyifatkan Datuk Siti seorang ibu mertua yang baik. Antara komen-komen menarik adalah :
” Subhanallah indahnya keluarga bahagia. Allah sebaik2 pemberi Hidayah. Comelll semua dan tgk manis sgt semuanya. Alhamdulillah cantik dan pandai masak lagi.. “
” Comel Mak Iti, siap tuala atas bahu, hehhe. Part kuali tu legend betul, igtkan kita je, rupanya orang kaya macam Mak Iti pun msih pakai kuali dah tak ada telinga sebelah.. “
” Punya la legend kuali tu sampai tangkai pun dah tak de tapi still boleh guna utk memasak lagi, hahahaa btw Toktik memang comel.. “
” Cute lah tengok Datuk Siti masak, tuala atas bahu memang sebiji macam mak2 kita lah. Terbaik Datuk Siti, memang seorang ibu penyayang.. “
” Hebat lah, wlpn penyanyi no 1, tetap masuk dapur masak juadah untuk keluarga, memang mertua yang baik.. “
” Cucur apa tu, nampak sedap lah. Wah meriah tengok bonding time mertua bersama menantu-menantunya.. “
” Hebat, hehe jarang2 nak dapat tengok Tokti simple macam ni. Seronok tengok gambar2 ni, nampak meriah suasana dapur.. “
Begitulah sifat seorang ibu, bila dapat tahu ada tetamu untuk berbuka puasa bersama, macam-macam juadah disediakan. Apa-apa pun, memang terbaik lah Datuk Siti, semoga Datuk Siti sekeluarga akan kekal bahagia bersama.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tya Arifin, Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..