” Lawanya view rumah Black, rasa tenang je.. ” – Netizen

Muatnaik Video Kawasan Halaman Rumah, Perkongsian Black Hanifah Raih Perhatian Peminat. Wah Cantiknya Rumah Black, Rumah Idaman Ni. Nampak Tenang Dan Damai Sangat !!

Meninjau ke akaun Instagram Black Hanifah, perkongsian terbaru Black telah meraih perhatian ramai. Black telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan keadaan halaman rumahnya yang sangat cantik dan tenang.

Black baru sahaja menduduki rumah barunya dan sedang mengemas halaman rumah. Jika sebelum ini Black banyak berkongsi kawasan rumahnya sedang diubahsuai, kini hasilnya sememangnya sangat cantik dan berpuas hati.

Ramai memuji keadaan halaman rumah Black yang nampak begitu tenang sekali. Ia juga nampak sangat sesuai untuk dijadikan tempat beristirehat selepas penat bekerja. Pastinya dapat mengurangkan rasa tekanan bekerja.

Perkongsian ini telah mendapat lebih daripada 11 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Dalam video tersebut, dapat dilihat juga dua orang cahaya mata Black sedang bermain di hadapan kolam.

Jom tonton video di bawah :

Ramai memuji keadaan halaman rumah Black yang cantik. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Oooo dok rumah baru dh cirakhairy patut tk ingat kami citt.. cantik rumah abang kita.. lawanya halaman rumah kau bang.. “

” Alhamdulillah… rumah idaman setiap wanita niee. Mesti hepi wife kamu kn. Akk yg tgk pun rasa hepi.. ya Allah cantiknya view.. “

” Cantik rumah leh la jemput jemput mah terbuka raya nanti.. bilalah nak dapat rumah macam ni.. cantik dan tenang sangat.. “

” Lawanya view umh black.. tenang je.. Alhamdullilah blck.. tahniah.. bersyukur ngn nikmat Allah ye.. Seronok raya tahun ni.. “

” Cantiknya bila dah siap rumah black.hanifah ni.. tak sangka cantik plak rumah Tresna ni bila dah renovate.. Tahniah.. “

” Wow cantiknya rumah baru.. Masyallah cantik juga rumah ni. Tgk pun dah rasa relaxing sgt.. rumah idaman.. “

MasyaAllah cantik rumah n kwsn…. impian nak buat mcm tu…. aamiin.. Ad0h kau ni… orang rindu berpuasa, kau raya pulak.. “

Rumah yang cantik sememangnya menjadi idaman semua orang. Pastinya sambutan hari raya pada tahun ini buat Black sangat bermakna kerana ia disambut di rumah baru mereka. Selamat berpuasa diucapkan kepada Black sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Black Hanifah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..