” Anak dan menantu yang baik, tersenyum bahagia abah.. ” – Netizen
Video Tya Adnan Menghantar Makanan Untuk Abahnya Raih Pujian Peminat. Happy Muka Abah Bila Anak Dan Menantu Sentiasa Ingat Padanya. Rumah Dekat-Dekat Pulak Tu, Beruntung Tya !!
Pasangan pelakon, Tya Adnan dan Shukri Yahaya umumnya diketahui sudahpun mendiami rumah baru mereka. Kediaman yang selesa untuk Tya sekeluarga, peminat memuji dekorasi dan susun atur rumah pasangan ini yang nampak elegant.
Pada perkongsian terdahulu, Tya ada berkongsikan video ayahnya di rumah baru. Tulis Tya pada posting tersebut, abahnya berpindah ke rumah baru dan Tya semakin dekat dengan abahnya serta pus4ra arw4h umminya.
Meninjau akaun Instagram Tya Adnan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tya bersama Shukri menghantar makanan untuk abahnya. Rupanya memang betul-betul dekat rumah Tya dan abahnya ini, satu taman perumahan sahaja.
Dengan menaiki skuter, Tya dan Shukri menghantar makanan ke rumah abah Tya. Tersenyum gembira abah Tya apabila bekas berisi makanan dihulurkan. Iyelah hati seorang ayah pastinya gembira dilayani anak dan menantu sebegini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, video oleh Tya ini telahpun meraih lebih 50 ribu likes daripada peminat. Ramai yang suka melihat cara Tya menyantuni abahnya dan antara komen-komen mereka :
” Ya Allah tolong bahagiakan keluarga ini kerana memuliakan ayahnya. Aamin, semoga abah Tya dikurniakan kesihatan yang baik.. “
” Bestnya rumah dekat dengan parents, untung Tya masih ada abah. Beruntung dapat membahagiakan abah selagi masih ada. Bagus Tya dan Shuk ni.. “
” Bestnya Tya rumah dekat dekat, syukur Alhamdulillah. Besar pahala Tya sekeluarga, salute lah Tya dan Shuk.. “
” Bestnya rumah dekat, rindu je boleh singgah hari hari pun boleh singgah jenguk orang tua. Comel je abah Tya senyum bahagia tu.. “
” Bestnya rumah 1 taman, dekat pulak tu jaraknya. Tersenyum bahagia abah dapat roti canai. Anak dan menantu yang baik, alhamdulillah.. “
” Suka tengok kak Tya layan abah Kak Tya. best rumah dekat dengan abah. Rezeki Tya dapat berkhidmat untuk abah.. “
” Dekatnya dengan rumah abah Tya, best tengok Tya layan abah. Kasihnya seorang anak, bahagianya ada abah lagi.. “
Tak perlu hadiah mewah, cukup dengan perhatian sebegini boleh membuatkan si ayah tersenyum gembira. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat abah Tya dan Tya sentiasa dilimp4hi rezeki yang melimp4h ruah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tya Adnan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..