” Thanks kak Tengku sayang, happy dapat berkumpul sama-sama.. ” – DS Siti Nurhaliza
Video Dan Gambar Percutian Keluarga Sempena Ulangtahun Kelahiran Datuk Seri Khalid Jiwa. Keakraban Datin Seri Tengku Zawyah Dengan Dato’ Siti Nurhaliza Raih Pujian Ramai. Part Tokti Dan Teezac Berbalas Komen Tu Sweet Lah !!
Umum mengetahui betapa mesra dan akrabnya perhubungan setiap ahli keluarga Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Datin Seri Tengku Zawyah. Setiap kali keluarga besar ini membuat sebarang aktiviti mahupun percutian, ianya pasti mencur1 perhatian ramai.
Baru-baru ini, Datin Tengku Zawyah bersama Dato’ Siti serta semua anak-anak mereka telahpun meluangkan masa bercuti di Pulau Redang. Menginap di The Taaras Beach & Spa, banyak video dan gambar-gambar dikongsikan di akaun media sosial mereka.
Meninjau akaun Instagram Datin Tengku Zawyah, telah dimuatnaik video dan gambar ketika mereka semua sama-sama menyambut ulangtahun kelahiran Datuk Seri Khalid Jiwa. Semuanya kelihatan gembira terutamanya anak-anak kecil dan cucu-cucu semua.
Menitipkan ucapan ulangtahun buat Datuk Khalid, Datin Tengku Zawyah turut mendoakan agar keluarga besar mereka ini sentiasa dalam rahmat Allah. Kenangan dan memori yang akan sentiasa terpahat dalam hati semua.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya.. )
Datin Tengku Zawyah turut berkongsikan video yang menghimpunkan koleksi gambar sepanjang percutian ini. Seronok peminat melihat keakraban Datin Tengku Zawyah dan Dato’ Siti seperti adik dan kakak sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Dato’ Siti turut men1nggalkan komen di posting berkenaan dan dibalas oleh Tengku Zawyah :
Perkongsian ini telahpun meraih perhatian warganet. Ramai yang suka melihat keakraban penyanyi kesayangan ramai ini dengan Tengku Zawyah. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Love to see your awesome family holidays Tengku Zawyah. Izara comel sgt masa play with cute doter. U too looks g0rgeous Tengku.. “
” Harmoni dan bahagia demi kasih sayang & perhatian kepada putera4 tersayang. Datin Seri menjadi idola keperibadian mulia seorang ibu juga Dato’ Seri K. Lambang seorang Ayah yang sejati.. “
” Family contoh.. semoga Allah melindungi dan merahmati keluarga ini… aaminn ya rabbal alamin. Sayang sangat dengan keluarga ni. Semoga silaturahim dan kasih sayang kalian semua hingga ke jannah.. “
” Mulianya hati kalian, suka keluarga ni selalu melengkapi dan harmoni. So much love so much happinness in this family.. “
” Respect, Allah Maha Penyayang dalam memberi kasih sayang. Semoga kekal hidup dalam berkasih syg antara satu dgn yg lain.. “
” Lovely family, love so much of this silaturahim family. semoga keluarga sakinah mawaddah dan sakinah ni sentiasa didalam redha Allah… Ameen.. “
” Beautiful family Tengku Zawyah dan Tokti. Suka tengok kemesraan keluarga ds teezac dgn tok ti.. semoga berkekalan selamanya.. “
Asbab kasih sayang yang tulus, keharmonian dalam perhubungan dapat dirasai oleh semua. Doa yang baik daripada seluruh peminat mengiringi keluarga besar ini agar sentiasa aman damai dan berbahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Teezac
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..