” Serius wei rindu sangat cerita abang Haji ni, berlakon balik Eja please.. ” – Netizen

Video Pertemuan Kembali Eja Bersama Mahmud Ali Bashah Selepas Hampir 23 Tahun Raih Perhatian Peminat. Wah Murni Jumpa Tuan Haji Lah, Mengimbau Memori Betul. Eja Pun Semakin Cantik Sekarang, Awet Muda !!

Bagi yang mengikuti karier lakonan Siti Shahrizah atau dikenali dengan nama Eja, pastinya masih mengingati drama pertama lakonan Eja sebagai watak utama iaitu Rahsia Demi Rahsia. Disiarkan di kaca televisyen pada tahun 1999, ia menggandingkan Eja bersama Mahmud Ali Bashah.

Menerusi akaun Instagram Eja, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan kembali Eja bersama heronya itu. Setelah hampir 23 tahun tidak bersua muka, mereka bertemu kembali untuk satu misi.

Turut sama ada dalam video ini adalah Adam Hamid yang suatu ketika dulu antara pelakon kacak pujaan ramai dan kini bergelar pengarah filem. Mengimbau kembali memori drama gandingan mereka, watak Tuan Haji yang paling diingati oleh peminat.

Eja turut mencoretkan sedikit sinopsis Rahsia Demi Rahsia di kapsyennya itu. Alahai masih nampak sama seperti dahulu gandingan hebat ini. Drama yang membuatkan ramai menanti siarannya selama 2 musim.

Jom tonton video di bawah :

Posting ini mendapat perhatian daripada peminat dan lebih 200 komen direkodkan. Antara komen-komen peminat :

” Berlakon balik Eja please. Lama dah cerita ni dan saya memang follow cerita ni dulu. peminat kak eja suatu ketika dulu.. “

” Serius weii rindu sangat cerita abang aji ni hehe. antara drama yang kekal di ingatan, gandingan hebat eja dan mahmud alibashah.. “

” Suka sangat drama ni. Dan minat semua lakonan eja.. Minta rtm tayang balik drama ni boleh ke hehe.. Ingat sampai sekarang.. “

” My fav drama all the time… time ni masih kecik lagi… sampai sekarang dok mencari drama ni untuk dijadikan koleksi peribadi.. rindunya nk tgk kak eja berlakon kembali.. “

” Dulu sangat addicted dengan Murni. Sangat sangat cantik berbaju kurung. Tuan Haji Zaki dulu Nampak tua now terlebih muda.. “

” Saya kecik lagi masa ni, sekolah rendah sekarang anak 3. minat kak eja sebab cantikk sangat dan saya dengan mak saya tgk cite ni kt tv.. “

” Ingat sangat, menjadi watak nerd Kak Eja. memang sampai sekarang saya ingat. miss ur acting Kak, arap kak eja berlakon balik.. “

” Rahsia demi rahsia cerita favourite dulu tu. Masa tu memang suka sangat dengan murni. Sgt mengimbau kenangan.. “

” Ingat sangat, sampai hari ni mak saya panggil mahmud alibashah tu tuan haji hehe. Mula dari situ minat kak eja. suka tengok kak eja belakon.. “

Kenangan pada yang membesar sekitar pada tahun 1999, drama kegemaran seisi keluarga. Memang ramai yang merindukan lakonan Eja dan mengharap Eja bakal buat comeback. Apa pun, semoga misi Eja dan Mahmud Ali Bashah dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eja78

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..