” Bila otai bergabung, memang sedap dengar.. ” – Netizen

Video-Video Sekitar Konsert Slam Mentari Muncul Lagi Raih Perhatian Peminat. Wah Suara Zamani Dah Macam Telan Kaset. Part Duet Dengan Ella Tu Paling Best, Memang Gempak Lah !!

Semalam tanggal 12 Februari 2022, telah berlangsungnya konsert Slam Mentari Muncul Lagi di Plenary Hall, KLCC. Sekalipun kumpulan Slam sudah lama bertapak dalam industri, aura kumpulan sensasi ini masih tetap dirasai.

Mendendangkan banyak lagu popular Slam, antara yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini adalah lagi Gerimis Mengundang dan Tak Mungkin Berpaling. Meninjau akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan video-video nyanyian Zamani dalam konsert tersebut.

Kelunakan suara Zamani antara tarikan peminat yang membuatkan nama Slam masih gah di hati peminat. Tidak berubah suaranya, suara Zamani dikatakan peminat seperti ‘menelan kaset’ kerana kemerduan dan kelunakan suaranya.

Manalah peminat tidak terg1la-g1lakan Zamani suatu ketika dahulu, suaranya membuatkan ramai yang jat0h hati. Zamani turut berduet bersama ratu rock negara, Ella membawakan lagu Mentari Muncul Lgi. Memang gempak dan hebat sekali semua persembahannya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini mendapat pelbagai respon dan komen daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Admire dengan suara zamani. Tak berubah sama dalam kaset.. Semoga zamani sihat sihat selalu.. power bang, sama suara dari saya kecik sehingga kini.. “

” Haish suara tel4n kaset, sama je suara dari dulu sampai sekarang. Mantap Zamani walaupun nampak tak sihat tetap hiburkan peminat.. “

” Versi manja Ella, minat betul dua-dua lagend ni. Bila otai bergabung, memang sedap dengar. Suara ni memang tel4n kaset, amazing.. “

” Legend memang power dan masih berb1sa berbanding penyanyi baru. Semoga Allah bagi abg zamani kesembuhan.. “

” Memang puas hati tengok konsert Slam semalam, best sangat-sangat. Suara zamani still power, tak pernah lain sama macam dulu. Terbaik idola.. “

” Legend selama nya.. walaupun fizikal makin uz0r tapi suara dia memang tak ada yang boleh c0py. suara tak ada galang ganti, Sedapp dan membuai jiwa.. “

” Perghh suara legend tak pernah nak berubah dari dulu. Merdu dan lunaknya tetap sama. Semoga Zamani diberikan kesembuhan.. “

Suara emas daripada seorang legend yang tak akan pernah jemu didengar oleh peminat. Semoga Zamani diberikan kesembuhan daripada sak1t tulang belakangnya itu dan terus aktif dalam bidang seni suara. Take care dan stay safe selalu Zamani.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Official Hlive, IG Zamani Slam Official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..