” Ni memang sebijik mulut mummy dia.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Maryam You Narae, Rina ‘Bersembang’ Dengan Daddynya, Ryzal Ibrahim Buat Ramai Ger4m. Eii Macam Faham Je Apa Daddy Cakap Tu. Riuh Betul Mulut, Maryam Junior Sungguh !!
Pasangan popular dan Youtuber, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae semakin mendapat perhatian daripada netizen semenjak kelahiran anak mereka, Rina. Si kecil yang memiliki wajah kacukan Malaysia dan Korea ini semakin chubby hari demi hari.
Setiap kali video Rina dikongsikan, pastinya ia meraih banyak tanda suka daripada netizen. Meninjau entry terbaru Ryzal di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video Rina yang memperdengarkan keriuhan suara si comel ini.
Mengungkapkan kata ‘ I love you ‘ terhadap Rina, respon Rina membuatkan peminat menjadi ger4m. Tidak berhenti suaranya berbunyi dan kata segelintir peminat, Rina tentu suka berleter sama seperti mommynya kelak.
Semakin ditegur, semakin riuh suara Rina seakan-akan memahami apa yang dituturkan oleh daddynya itu. Baru sahaja berapa bulan usianya, Rina sudah ‘banyak mulut’ sebegini. Memang boleh jadi ‘geng’ mommy lah nanti.
Jom tonton video di bawah :
Apa lah yang hendak disampaikan oleh si Rina ini agaknya. Panjang lebar betul bebelan tu Rina. Antara komen-komen netizen :
” Macam mak dia, suka berletiaq. Comel comel , dah nampak sign Maryam Junior tu haha. Cakap i love you je tapi dia punya explain sikit punya panjang.. “
” Eeii so cute, omma borek anak rintik. Comelnya ger4m tengok, alolo Korean sungguh ni. Ikut mommy sangat.. “
” Laaahai Rina.. Cute.. Nanti dah besar sikit mesti cerdik macam daddy mommy nya. Pandai ajak mommy daddy dia borak.. “
” Nak cakap Korea ke Melayu tu Rina hehe. Comel dan cerdik, macam paham paham je apa daddy dengan mommy cakap.. “
” Tak tahu knape terlalu suke tgok rina ni.. kelaku dia buat org ger4m.. dengan gelak dia tu macam paham ye rina.. love rina comel.. “
” Ni mmg sebijik mulut mummy dia ni.. pjg lebar explaination dia kat daddy ye.. ishhh.. ger4m tau tengok mulut dia tu.. “
” Pandainya dia sembang dengan daddy ye Rina. Ulang ulang kita tengok, makin bijak Rina ni. Riuh betul mulut si kecil ni.. “
” Dah pandai nak berborak, riuh mulutnya. Ni geng mommy ni, banyak mulut haha. Friendly girl sangat Rina ni.. “
Baru berbunyi suara, belum boleh bercakap lagi sudah sebegini bisingnya. Tunggu Rina boleh bercakap nanti, tentu kec0h rumah suara Rina bergabung dengan suara Maryam. Apa-apa pun, membesar dengan sihat selalu yer Rina.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..