” Macam tengok Tom Tom Bak pula, junior Paknil ni.. ” – Netizen

Video Gelagat Wartawan Cilik Viral, Muhammad Haziq Bersama Datuk Aznil Hj Nawawi Buat Ramai Terhibur. Wah Petah Sungguh Mulutnya, Boleh Jadi Pelapis Paknil Ni. Part Puji Paknil Putih Gebu Tu Comel Je, Hehe !!

Baru-baru ini tular satu video tentang seorang kanak-kanak bernama Muhammad Haziq Mohd Asyraf yang membuat laporan tentang penemuan ul4r saw4 besar di sebuah pasar awam. Kepetahan anak kecil ini bercakap membuatkan warganet menggelarkannya sebagai wartawan cilik yang viral.

Baru-baru ini, adik Haziq telahpun menerima hadiah berupa komputer tablet daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. Ini ada dilaporkan dalam portal Bernama Official. Tidak itu sahaja, adik Haziq juga dapat bertemu Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri dan merealisasikan impiannya untuk menemuramah Perdana Menteri.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Haziq ketika Datuk Aznil menemuinya di Sungai Petani. Membuka kata bicaranya dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, seronok Datuk Aznil mendengar butir bicara Haziq.

Memuji Datuk Aznil yang berkulit putih, Haziq memang mempunyai bakat dalam pengacaraan. Ramai peminat yang mengatakan melihat Haziq bersama Datuk Aznil seperti mengimbau memori dalam rancangan Tom Tom Bak.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Datuk Aznil ini telahpun meraih lebih 6000 likes daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” The cutest, best la adik Haziq. Kena buat rancangan tv ni untuk Adik Haziq. Macam tengok Tom Tom Bak pula.. “

” Confident level tinggi sangat ni Haziq. Boleh pinjam tak hehe. Lovely sangat bud4k ni tau. Suka dengar ayat dia. Petah dan berbakat besar, tersusun ayatnya.. “

” Dimulakan dengan bismillah mula-mula nak bercakap, bijak sgt adik ni ayat pun tersusun, confident level tinggi sangat sangat.. “

” Pandai ambil hati, confident level beli dekat mana dik. Share la, teringat lak dekat Haziq Tom Tom Bak. Hebat lah adik Haziq ni.. “

” Junior paknil dah keluar nih haha. pandai dia mengatur perkataan.. good luck. Paknil kena ada program bersama la lepas nih.. “

” PakNil yang putih geboooo ni. Comelnya dik.. siap up diri sendiri jadi “artis popular Bukit Selambau” haha.. “

” Wow Paknil dan Haziq jadi talk show host together, I think gonna big hit. Adik Haziq so smart in talk and hosting. Rindu tom tom bak.. “

” Talented sunggoh he stole the spotlight just like that. Welldone Adik Haziq, love his confidence. Hebat, tutur kata tersusun dan intonasi dia sedap.. “

” Dah macam rancangan Tom Tom Bak. Boleh lah Paknil ambil Haziq untuk rancangan Tom Tom Bak ni. Pelapis Paknil.. “

Sudahlah petah, yakin lagi dengan setiap ayat yang dituturkan, baguslah Haziq. Siapa tahu pada masa akan datang, Haziq boleh menjadi pengacara rancangannya sendiri. Apa-apa pun, semoga berjaya dalam pelajaran dan mengejar cita-cita apabila dewasa nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aznilnawawi, IG Bernama 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..