” Wah tahniah Tasha, laju eh rezeki betul ni.. ” – Netizen
Tasha Shilla Umum Berita Gembira Bakal Menimang Cahaya Mata Kedua Buat Peminat Teruja. Wah Raees Zander Dah Nak Jadi Abang Lah, Tahniah Tasha !!
Kehidupan pelakon cantik, Tasha Shilla kelihatan bahagia bersama suaminya, Muhammad Atiq Idris dan cahaya mata sulung mereka, Raees Zander. Pejam celik, si kecil Raees yang lahir pada bulan April tahun lalu kini sudahpun 9 bulan usianya.
Sibuk dengan kehidupannya sebagai isteri dan ibu, Tasha banyak berkongsikan perkembangannya di media sosial. Pada perkongsian terdahulu, banyak gambar-gambar mereka sekeluarga bersama dimuatnaik untuk bacaan peminat.
Meninjau entry terbaru Tasha di akaun Instagramnya, sekeping gambar Tasha bersama Atiq dan Raees ketika berada di Prince Court Medical Centre dimuatnaik. Atiq kelihatan memegang beberapa kepingan gambar scan ultrasound baby.
Rupanya Tasha kini sedang hamil zuriat kedua mereka dan ini merupakan berita gembira tidak hanya untuk Tasha sekeluarga malahan para peminat Tasha juga. Tasha turut memohon agar semua dapat mendoakan kelancarannya dalam proses mengandung kali ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Setakat ini, hampir 10 ribu likes diberikan oleh peminat dan rata-ratanya mengucapkan ucapan tahniah atas bakal bayi kedua Tasha ini. Antara komen-komen peminat :
” Congratulations, yay Raees dapat adik.. ” – Zahirah Macwilson
” Alhamdulillah kak Tasha, syukur tahniah kakak sayang. Take care dan semoga segala urusan dipermudahkan segalanya.. “
” Alhamdulillah semoga dapat baby girl, cukup sepasang. Doakan saya juga dah ttc almost 2 years. Moga diberi kesihatan yang baik.. “
” Wah tahniah kak Tasha. Rezeki dari Allah kan, bukan semua orang boleh dapat rezeki macam ni. Please take a good care of yourself.. “
” Alhamdulillah.. congrats Tasha, husband and Little Brother Raees Zander atas kehamilan baby kedua ni.. “
” Alhamdulillah rezeki Tasha dan suami. Semoga ada rezeki saya juga selepas ni. Jaga diri elok-elok dan semoga semuanya berjalan lancar.. “
” Alhamdulillah, semoga baby and mummy sihat walafiat. Congrats kak , raees nak dapat baby dah, jadi big brother la.. “
” Wah tahniah Tasha, laju eh rezeki betul ni. Raees nak jadi abang dah, yahooo. bestnya nak ada baby lagi.. “
Seronoknya Tasha dapat peluang dan rezeki untuk merasai kali kedua kehamilan. Semoga proses kehamilan Tasha kali ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan sehingga selamat melahirkan nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tasha Shilla
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..