” Cara dia berkata pun dah nampak dia amat menjaga tutur katanya.. ” – Netizen

Ditanya Mengenai Jodoh Yang Masih Belum Kunjung Tiba, Ini Jawapan Padu Anuar Zain. Sangat Matang Dan Indah Tutur Katanya, Memang Deep Sangat !!

Sudah berdekad lamanya penyanyi yang juga merupakan adik kepada penyanyi Ziana Zain iaitu Anuar Zain bertapak dalam industri seni suara negara. Keunikan suaranya dan lain daripada yang lain membuatkan Anuar tetap menjadi antara artis kesayangan ramai.

Sekalipun sudah lebih 50 tahun usianya, Anuar sehingga kini masih belum lagi bertemu jodoh. Walaupun kerapkali ditanyakan oleh orang ramai tentang perkahwinan, Anuar tetap tenang. Ini dapat dilihat menerusi perkongsian di Instagram Sinar_my yang memaparkan sesi temubual bersama Anuar.

Kata Anuar, jodoh ini bukan sesuatu yang dapat dirancang dan di luar kawalan manusia. Jodoh semuanya ketentuan daripada Ilahi, jika tidak bertemu jodoh di dunia mungkin jodohnya ada di alam lain.

Tenang sahaja bait kata yang keluar daripada pelantun lagu Keabadian Cinta ini. 3 perkara yang dititikberatkan oleh Anuar iaitu jaga hubungan baik dengan Allah, jaga hubungan baik dengan keluarga dan orang sekeliling serta sentiasa bersyukur dan redha.

Jom tonton video di bawah :

Jawapan yang diberikan oleh Anuar ini meraih pujian daripada peminat. Sungguh matang pemikirannya dan sentiasa positif. Antara komen-komen peminat :

” Cara dia berkata pun dah nampak dia amat menjaga tutur katanya. Satu a1b orang pun tidak dibuka. Tak ada jodoh di dunia, di syurga ada.. “

” Masya Allah he so sopan dan humble. Orang yang bijak berbicara, tahu menjaga a1b dan adab bila berkata. Yang pasti ilmu penuh di dada.. “

” Jodoh itu rahsia Allah, insha Allah ada jodohnya nanti. Very soft spoken, perancangan Allah itu lebih baik.. “

” Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Suka dengar cara Anuar Zain bercakap, sopan je. Tersusun kata-katanya dan positif selalu.. “

” Sebab minat dengan Anuar Zain pasal ni la. Dia amat menjaga tuturkatanya. Tak pernah dengar dia kata ke orang lain.. “

” Betul tu jodoh pertemuan aj4l m4ut , rezeki semua nya rahsia Allah , Allah yg maha mengetahui. Saya suka cara Anuar zain menjawab soalan ni. Yang terbaik pasti datang.. “

” Anuar Zain yang tak pernah berubah dari dulu sampai kini. Tetap dengan tutur kata yang sopan, sangat merendah diri dan yang penting dia tahu apa yang terbaik untuk diri dia.. “

Betul kata Anuar, jodoh, aj4l dan m4ut semuanya di tangan Allah. Sebagai hambanya, syukur dan redha dengan semua ketentuanNya. Semoga Anuar Zaian dikurniakan seorang bidadari yang mampu melengkapi dan membahagiakan sampai ke akh1r usia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar_my, IG Anuar Zain

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..